Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya lima lagi rakyat Palestin, termasuk tiga remaja, dalam serbuan ganas di seluruh Tebing Barat yang diduduki.
Menurut agensi berita Palestin Wafa, kematian berlaku selepas tentera rejim menyerang orang awam Palestin di tiga lokasi pada Ahad.
Mangsa termuda, yang dikenali sebagai Louay al-Sufi, 14, ditembak mati selepas tentera Israel menyerbu kem pelarian Ain Sultan, di utara bandar Ariha, barat-tengah Tebing Barat, juga dikenali sebagai Jericho. Laporan itu juga memetik sumber perubatan sebagai berkata bahawa mangsa ditembak di dada selepas tentera Israel melepaskan tembakan langsung ke arah penduduk kem itu semasa serbuan.
Louay Al-Sufi, 14, came from #Jordan to attend his sister’s wedding next Friday, and while he was in front of his uncle’s house in Ain Sultan camp, north of the city of Jericho, the occupation opened fire on him, and killed him. pic.twitter.com/nH87mbXFsa
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) January 14, 2024
Keganasan tentera Israel juga meragut nyawa Suleiman Muhammad Cana’an berusia 17 tahun dan Khaled Amer Hmidat berusia 16 tahun di pintu masuk utara ke bandar al-Bireh berhampiran Ramallah. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, mangsa meninggal dunia selepas tembakan langsung menembusi jantungnya.
Seorang lagi mangsa yang bernama Hmidat yang cedera akibat tembakan langsung tentera Israel dan dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, di mana kemudiannya dia disahkan meninggal dunia. Tentera rejim tidak menyerahkan mayatnya kepada keluarganya.
Di tempat lain di sepanjang wilayah yang diduduki, dua pemuda Palestin dibunuh oleh tentera Israel berhampiran bandar Sa’ir, timur laut bandar al-Khalil Tebing Barat (Hebron). Mangsa dikenali sebagai Ahmed Musa Muhammad Jabareen dan Jalal Issa Mohammad Jabareen.
Two Palestinian youths were Sunday killed by Israeli occupation forces near the town of Sa'ir, northeast of Hebron.
More: https://t.co/Fv2DRpw8xP pic.twitter.com/QdwJWfkKgF
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) January 14, 2024
Rejim pendudukan telah meningkatkan serbuan ganasnya di seluruh Tebing Barat sejak 7 Oktober apabila ia memulakan serangan tentera yang kejam terhadap Semenanjung Gaza yang terkepung susulan Operasi Taufan al-Aqsa oleh gerakan muqawamah wilayah itu.
Termasuk kematian pada Ahad, sekurang-kurangnya 349 rakyat Palestin telah terbunuh di seluruh wilayah yang diduduki akibat peningkatan ketegangan itu.
Selain itu, perang genosid rejim Zionis ke atas Gaza setakat ini telah membunuh lebih 23,843 rakyat Palestin, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak, manakala hampir 60,317 yang lain mengalami kecederaan.
Sumber berita: Press TV
