Pencerobohan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan UK sejak Jumaat telah mengakibatkan kesyahidan 7 anggota Angkatan Tentera Yaman
Satu pencerobohan telah dilakukan oleh pakatan Amerika-UK yang menyasarkan Jabal Jida di Daerah al-Luhayyah di wilayah pantai Hodeidah, barat Yaman, lapor agensi berita Yaman SABA, yang berpangkalan di Sanaa, yang dipetik rangkaian TV Al-Mayadeen Lubnan.
Sementara itu, koresponden Al Mayadeen di Sanaa melaporkan bahawa penerbangan intensif dron pengintip AS dirakam di Hodeidah.
Pencerobohan ini menandakan serangan ketiga berturut-turut yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom sejak subuh Jumaat, dengan serangan yang menyasarkan ibu negara Sanaa, Taiz, al-Hajja, dan Hodeidah.
Mengulas mengenai pencerobohan awal, Majlis Politik Tertinggi kerajaan Sanaa Yaman mengisytiharkan bahawa kini “semua kepentingan Amerika dan British telah menjadi sasaran yang sah untuk Angkatan Bersenjata Yaman.”
Angkatan Tenteta Yaman juga mengumumkan kesyahidan 7 anggota tenteranya dalam serangan terbaru itu.
Sumber berita: Mehr News Agency
