Delegasi Hamas Tiba Di Iran Untuk Perbincangan

Satu delegasi yang diketuai oleh ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh, telah tiba di ibu negara Iran Tehran untuk perbincangan, lapor Anadolu. Pengumuman itu dibuat oleh Gerakan Muqawamah Islam itu pada petang Ahad.

“Atas undangan kepimpinan Republik Islam Iran, delegasi dari kepimpinan gerakan ini telah tiba di Tehran, diketuai oleh Ismail Haniyeh,” kata Hamas. “Delegasi itu dijadualkan untuk bertemu dengan kepimpinan Iran untuk membincangkan banyak isu politik dan lapangan berkaitan dengan perjuangan Palestin.”

Rombongan itu merangkumi timbalan ketua biro politik, Saleh Al-Arouri, dan beberapa anggota terdiri dari Khalil Al-Hayyah, Nizar Awadallah dan Muhammad Nasr.

Pada awal hari Ahad, Setiausaha Agung gerakan Jihad Islam Palestin, Ziyad Al-Nakhalah, bertemu Presiden Iran Ibrahim Raisi di Tehran. Raisi sekali lagi menegaskan sokongan negaranya untuk perjuangan Palestin. Tehran mengekalkan hubungan dengan sejumlah paksi Muqawamah Palestin, termasuk Hamas and Jihad Islam.

 

Hamas mendedahkan perincian pertemuan dengan pegawai Iran

Delegasi Gerakan Muqawamah Islam Palestin juga telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Nasional Tertinggi Iran, Ali Akbar Ahmadian, pada hari Isnin dengan membincangkan agenda termasuk perkembangan politik di Palestin dan Timur Tengah, lapor Anadolu.

Dalam pertemuan itu, jelas Hamas, Haniyeh menyampaikan perkembangan Palestin, sekatan Israel di Gaza yang berlanjutan dan serangan lima hari ke atas Gaza bulan lalu. “Rakyat Palestin dan gerakan muqawamah sentiasa bersedia menghadapi sebarang pencerobohan dan menggagalkan rancangan penjajahan,” kata bekas perdana menteri Pihak Berkuasa Palestin(PA). “Kesatuan kumpulan-kumpulan muqawamah dan pengambilan keputusan bersama adalah senjata strategik untuk menghadapi musuh Palestin.”

Haniyeh memuji perjanjian damai Iran-Arab Saudi baru-baru ini, yang diumumkan dalam pernyataan bersama dari Beijing pada 10 Mac. Perjanjian itu membawa kepada pemulihan hubungan diplomatik antara Riyadh dan Tehran, dan pembukaan semula kedutaan kedua negara, yang telah ditutup sejak 2016.

Pegawai kanan Hamas menekankan perlunya melabur dalam kancah serantau dan antarabangsa dan pengukuhan hubungan serantau. “Lebih-lebih lagi, peningkatan serangan muqawamah dan kemerosotan negara Israel dan penumpuannya dengan krisis [domestik] adalah petunjuk kemenangan kita yang semakin hampir, yang mewajibkan negara Arab dan Islam memenuhi tugasnya terhadap Palestin dan Jerusalem.”

Menurut kenyataan Hamas, Ahmadian menambah bahawa, “Cara yang strategik untuk membebaskan Palestin adalah muqawamah, dan ada keperluan untuk perpaduan di antara paksi muqawamah. Kemenangan bagi Palestin adalah perubahan strategik dan sejarah untuk tujuan, dan sangat penting bagi negara itu.”

 

 

 

Sumber berita: Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *