Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan dalam pidatonya berkata, semua bukti telah menunjukkan bahawa Rejim Zionis sudah hampir dengan akhir usianya.
Sayid Hassan Nasrullah dalam ucapannya pada Isnin yang bertepatan dengan Hari Pahlawan berkata, “Ada banyak masalah (rejim Zionis) yang tidak mampu disampaikan kesemuanya dalam sebuah ucapan, dan akan saya sampaikannya dalam beberapa hari berikutnya.”
Pada masa yang sama, Setiausaha Agung Hizbullah menyentuh isu-isu isteri syuhada dan tawanan perang. Menurut beliau, isteri-isteri syuhada juga adalah pejuang dan para tawanan juga harus dikenang kerana mereka mendapatkan seksaan luar biasa dari Rejim Zionis dan orang-orang upahannya.
“Kita perlu berfikir tentang masalah keluarga tahanan yang telah menunggu untuk pembebasan anggota keluarga mereka yang ditawan, dan sama sekali tidak punya maklumat apa pun tentangnya,” tmbah Nasrullah.
Setiausaha Agung Hizbullah menegaskan, “Seluruh umat Islam harus memberi sokongan ke atas rakyat Palestin dalam usaha menentang Rejim Zionis. Semua peristiwa yang terjadi kebelakangan ini adalah tanda-tanda berakhirnya Rejim Zionis.”
“Seluruh keputusan yang diambil Rejim Zionis, akan hanya mengukuhkan keazaman, keyakinan dan ketegasan rakyat Palestin dalam menjalankan operasi terhadap Israel,” tegasnya.
Sumber berita: Pars Today
