Israel menjadi tuan rumah kepada pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat, Jeneral Mark Milley, pada hari Jumaat untuk perbincangan yang menyangkut keperluan semasa termasuk keperluan untuk bekerjasama bagi menafikan Iran dari meiliki senjata nuklear, lapor Reuters.
Milley sebelum ini telah membuat lawatan yang belum diumumkan, menjelang lawatan ke Israel oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin, yang mana ia disertai negara-negara jiran Israel termasuk Mesir dan Jordan yang merupaan negara-negara Arab yang bersekutu dengan Amerika Syarikat yang mempunyai pengaruh terhadap hal ehwal Israel-Palestin.
“Kerjasama yang berterusan diperlukan untuk menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear,” Menteri Pertahanan Israel, pejabat Yoav Gallant memetik beliau sebagai memberitahu Milley, Pengerusi Ketua Staf Bersama Amerika Syarikat.
Milley tidak membuat kenyataan umum di Israel. Jurucakap beliau berkata Milley membincangkan isu keselamatan serantau dan “penyelarasan untuk mempertahankan daripada ancaman yang ditimbulkan oleh Iran” dalam perbincangan beliau dengan Ketua Staf Am Israel, Leftenan-Jeneral Herzi Halevi.
Di tengah-tengah rundingan yang lama-terhenti dengan kuasa dunia mengenai memperbaharui perjanjian nuklear 2015, kuasa Barat menyatakan bahawa Iran telah membuat kemajuan dengan teknologi yang berpotensi menghasilkan bom nuklear. Tehran menafikan mempunyai apa-apa rancangan seperti itu.
Pada bulan Januari, Amerika Syarikat dan Israel telah mengadakan latihan ketenteraan bersama sehingga kini, apa yang pegawai AS gambarkan sebagai latihan bersama dengan sekutu paling penting yang melibatkan beribu-ribu tentera, sedozen kapal dan 142 pesawat, termasuk pengebom berupaya nuklear.
Lawatan Milley juga hadir di tengah-tengah keganasan yang memuncak di Tebing Barat, dengan serangan tentera Israel yang meningkat berikutan beberapa siri serangan Palestin. Kebimbangan peningkatan serangan menjelang bulan suci Islam Ramadhan dan perayaan Paskah Yahudi telah mendorong Amerika Syarikat, Jordan dan Mesir merayu untuk bertenang.
Sekurang-kurangnya 62 rakyat Palestin, termasuk anggota bersenjata dan orang awam, telah terbunuh sejak awal 2023, kata Kementerian Kesihatan Palestinian. Tiga belas warga Israel dan seorang pelancong Ukraine maut dalam serangan Palestin dalam tempoh yang sama, menurut angka rasmi Israel.
Sumber berita: Middle East Monitor
