Parlimen Republik Islam Iran bersetuju dengan rang undang-undang (RUU) yang mengharamkan atau melarang kerjasama dengan Israel. RUU itu juga melarang penggunaan teknologi komputer Zionis samada di peringkat tinggi atau pun biasa.
Menurut RUU yang telah disahkan menjadi undang-undang itu, kerja sama dengan rezim Israel akan disamakan dengan perbuatan mengigkari Tuhan.
“Berdasarkan artikel pertama dari RUU tersebut, semua badan Iran diharuskan untuk menggunakan kapasiti serantau dan antarabangsa bagi menghadapi langkah-langkah rejim Zionis,” kata seorang jurucakap Parlimen Iran, Seyed Hossein Naqavi Hosseini, pada Isnin, seperti dikutip oleh Times of Israel, hari ini (Selasa).
Menurut laman berita Fars, bekerjasama atau pun menjadi pengintip untuk rejim Zionis harus dianggap sama dengan tindakan permusuhan terhadap Tuhan.”Kegiatan yang berkaitan platform peringkat mesra Israel di Iran dan menggunakan tahap tinggi serta produk mesra Israel adalah dilarang,” tulis media tersebut merujuk pada RUU tersebut.
RUU itu telah diangkat dengan sebulat suara oleh semua penggubal undang-undang yang hadir. Tidak ada penjelasan tentang bagaimana kaedah undang-undang itu akan dilaksanakan.
RUU itu disahkan menjadi undang-undang menjelang perayaan Hari al-Quds pada Jumaat, yang biasanya disambut dengan demonstrasi anti-Israel dan menyatakan sokongan untuk Palestin. Hari al-Quds jatuh pada hari Jumaat terakhir Ramadhan pada setiap tahun yang pada tahun ini jatuh pada 22 Mei 2020.
Pada Sabtu minggu lalu, Presiden Republik Islam Iran Hassan Rouhani mengatakan bahawa rakyat Iran yang tinggal di daerah-daerah yang dianggap berisiko rendah terhadap wabak coronavirus akan diizinkan untuk menghadiri solat Jumaat sebagai sebahagian dari peringatan Hari al-Quds.
“Dua keputusan telah dibuat untuk Hari Quds; pertama adalah bahawa Hari al-Quds akan diadakan di 218 bandar yang merupakan kawasan putih (dianggap berisiko rendah wabak Covid-19) bukan dalam bentuk tunjuk perasaan tetapi dengan kehadiran pada solat Jumaat, dengan menghormati semua protokol kebersihan,” kata Rouhani dalam sebuah pertemuan dengan badan bertindak kebangsaan bagi pencegahan virus corona.
Di Tehran, yang dianggap berisiko tinggi, “upacara simbolik” akan dilakukan dengan perarakan yang diawasi oleh Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC).
“IRGC telah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat untuk acara ini,” kata Presiden Rouhani.
Republik Islam Iran telah mengadakan Hari al-Quds sejak bermulanya Revolusi Islam 1979 oleh almarhum Ayatullah Ruhollah Khomeini. Iran—yang mempersenjatai kumpulan Hizbullah dan Hamas, yang keduanya bersumpah menghancurkan Israel—menyatakan Hari al-Quds adalah kesempatan untuk mengekspresikan sokongan terhadap Palestin.
Pada kebiasaannya peringatan Hari al-Quds diadakan dengan demonstrasi besar-besaran di mana masyarakat Iran membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel. Pada tahun lalu, peringatan sedemikian juga diadakan di Tehran dengan pembakaran patung Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Demonstrasi yang sedemikian berlaku di 950 bandar besar dan kecil di seluruh Iran.
Sumber berita : Sindonews. com