Duta besar China untuk Israel ditemui mati di rumahnya di pinggir bandar Tel Aviv pada hari Ahad, kata jurucakap polis Israel, lapor Reuters.
Jurucakap itu tidak mengulas mengenai penyebab kematian duta besar Du Wei, yang berusia 57 tahun yang menjadi duta besar untuk Israel sejak bulan Februari, menurut laman web kedutaan.
“Sebagai sebahagian dari prosedur biasa, unit polis berada di tempat kejadian,” kata jurucakap itu.
TV Saluran 12 Israel, yang memetik pegawai perubatan kecemasan yang tidak dikenali, mengatakan petunjuk awal adalah bahawa Du meninggal dunia ketika tidur kerana sebab semula jadi.
Sumber berita: Middle East Monitor
