Baik Irak mahupun Syria,keduanya telah mengusulkan penarikan pasukan AS dari negara mereka. Amerika Syarikat menggunakan ISIS sebagai alat untuk melaksanakan rencananya di kawasan itu, dan segala usaha ini adalah untuk memastikan kehadirannya yang berlanjutan di kawasan itu, walhal jika tanpa bantuan Amerika Syarikat kelompok pengganas ini tidak dapat memasuki wilayah-wilayah yang dikuasai oleh pasukan Irak dan Syria.
Penganalisis politik percaya bahwa kelompok pengganas ISIS telah mengintensifkan operasi keganasannya di wilayah-wilayah Syria dan Irak, mereka menyerang kedudukan tentera Syria di sebelah timur Deir ez-Zor, dan mereka memasang perangkap letupan di Diyala utara, serta meletupkannya. Sementara itu Amerika Syarikat sedang menghidupkan kembali kelompok pengganas ini di Irak dan Syria bagi kepentingan AS sendiri.
Para penganalisis percaya bahawa kelompok pengganas ISIS sekarang hanyalah manik-manik Amerika Serikat, dan setelah kekalahan dan keruntuhannya, ISIS tidak lagi memiliki kekuatan atau pangkalan untuk membangun kelompoknya di wilayah sempadan Irak-Syria.
Para penganalisis lain percaya bahwa kelompok pengganas ISIS berusaha untuk mendirikan pangkalan di Irak barat dan Syria timur untuk menyelamatkan lokasi geografinya. Mereka melakukan perpindahan di antara kedua negara itu tidak lain hanyalah untuk memberikan alasan dan peluang dalam melanjutkan pendudukan AS di Irak. Para penganalisis menunjukkan bahawa dengan adanya perselisihan ras, suku dan mazhab di Irak hanyalah menguntungkan bagi kepentingan ISIS dan rejim Zionis.
Para penganalisis juga menunjukkan dengan adanya desakan AS untuk menjaga kem al-Rakban di sempadan Jordan-Syria, dan menyatakan bahawa satu informasi yang ada menunjukkan sejumlah elemen dari kelompok pengganas ISIS – iaitu lebih dari 8.000 pengganas ISIS menghilang – setelah kalah peperangan Al-Baghuz di Syria, mereka tinggal di kem ini. Dalam berita lain, lebih dari 400 pakar dan penasihat Amerika dan British telah tiba di pangkalan Al-Tanf dekat kem Al-Rakban bagi mengambil bahagian dalam pelan baru AS.
Para peneliti juga menyatakan bahawa wilayah Kurdi Irak juga menyokong pelan AS untuk menghidupkan kembali kelompok pengganas ISIS di wilayah itu dengan melatih para pengganas tersebut.
Di sisi lain, Washington telah melempar batu dengan menyalahkan kebijaksanaan politik di Syria, dan dalam waktu yang sama AS menggunakan kelompok teroris ISIS untuk mensasarkan dan menyerang tentera Syria di timur negara itu dan mencoba untuk melancarkan perang ekonomi dan infrastruktur dalam melawan pemerintahan sah Syria.
Peningkatan aktiviti kelompok pengganas ini membuktikan bahawa Amerika Syarikat adalah penyebab utama kemunculan kembali kelompok pengganas ISIS di Irak, sehingga mereka dapat memanfaatkan ISIS bagi memajukan pelan dan cita-citanya di kedua negara tersebut.
Mereka juga mencatatkan bahawa salah satu tujuan pendudukan AS di Irak adalah untuk memecah belahkan negara tersebut dan menyokong keselamatan rejim Zionis.
Mereka percaya bahawa operasi ketenteraan kelompok pengganas di Syria dan Irak hanyalah usaha bagi menyatakan eksistensinya, walau bagaimanapun mereka tidak pernah dapat mengambil kedudukan kekuatan tentera Syria dan Irak.
Sumber: Berita Dunia.net
