Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo berkata pada hari Rabu (01/05), bahawa tindakan ketenteraan Amerika Syarikat di Venezuela mungkin sahaja akau berlaku.
Dalam satu temubual dengan Fox Business News, Pompeo berkata walaupun Amrika Syarikat lebih suka menghindari semua bentuk keganasan, ia bersedia melakukan apa yang diperlukan untuk menggulingkan Presiden Nicolas Maduro.
“Tindakan ketenteraan adalah mungkin, jika itu diperlukan, itulah yang akan dilakukan Amerika Syarikat,” kata Pompeo.
“Kami cuba melakukan segala-galanya untuk mengelakkan keganasan dan kami meminta semua pihak yang terlibat tidak terlibat dalam kegiatan tersebut,” katanya.
Amerika Syarikat menyokong pemberontakan ketenteraan yang diketuai oleh pemimpin pembangkang Juan Guaido, yang bertujuan untuk menggulingkan Nicolas Maduro dari tampuk kekuasaan presiden.
“Kami lebih suka peralihan kerajaan yang aman di sana, di mana Maduro pergi dan pemilihan baru diadakan,” kata Pompeo.
Sebelum ini, Guaido mengeluarkan video di mana dia bertemu dengan pasukan dari Angkatan Tentera dan meminta untuk melakukan pemberontakan untuk menamatkan kekuasaan Maduro.
Beliau menegaskan bahawa ini adalah permulaan fasa terakhir ‘Freedom Operation’ untuk menggulingkan Maduro.
Menteri Luar Amerika Syarikat berkata pada hari Selasa (30/04) bahawa Maduro sedang bersiap untuk meninggalkan negara itu, dengan pesawat, tetapi Rusia meyakinkannya untuk tidak meninggalkan negara itu. – Anadolu
