Kongres AS: Muslim dan Yahudi Harus Bersatu Menentang Kebencian

Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ilhan Omar pada hari Rabu (01/05) berkata masyarakat Muslim dan Yahudi perlu bersatu melawan kebencian yang disebabkan oleh ketuanan kulit putih.

“Kami tahu bahawa ramai orang mensasarkan masyarkat Yahudi dengan anti-Semitisme dan mensasarkan masyarakat Islam dengan Islamophobia,” kata Ilhan Omar dalam satu wawancara dengan program radio Democracy Now.

“Oleh itu, kita perlu bekerjasama secara kolektif untuk menaikkan suara kita dan mengatakan tidak kepada kebencian. Kita tahu bahawa kedua-dua komuniti di Amerika Syarikat disasarkan oleh ketuanan kulit putih,” katanya.

Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pew awal bulan ini, majoriti rakyat Amerika mendakwa bahawa umat Islam menghadapi diskriminasi, sementara jumlah orang yang mengatakan Yahudi menghadapi diskriminasi berlipat ganda sejak 2016.

Pada hari Sabtu, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sinagog di California, mengakibatkan seorang terkorban dan tiga yang lain cedera.

Pengguna internet, dengan nama yang sama seperti suspek John Earnest, memuatkan mesej anti-Semitik pada hari sebelumnya.

Mesej tersebut serupa, dalam gaya dan nada, dengan tulisan yang dimuat naik oleh Brandon Tarrant, pelaku serangan ganas masjid di New Zealand yang membunuh 50 jemaah pada bulan Mac.

“Kami tahu konservatif melakukan segala yang mereka boleh untuk menjauhkan diri mereka, untuk memberitahu orang ramai mengenai raksasa yang mereka dukung, yang kini menyebabkan kerosakan kepada masjid dan sinagog,” kata Ilhan Omar.

“Sekiranya kita tidak menyedari realiti secara kolektif, kita akan menderita,” katanya.

Ilhan Omar merupakan salah seorang daripada dua wanita Islam yang pertama yang dipilih untuk Kongres tahun ini, telah menghadapi banyak serangan Islamophobic sejak berkhidmat termasuk ancaman bunuh terhadapnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *