Tiga anggota Majlis Tentera Sudan memerintah di Sudan telah meletak jawatan pada hari Rabu (24/04), menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis tersebut.
Ketiga-tiga ahli itu ialah Omar Zine El Abidine, Jalal al-Din al-Tayeb dan Tayeb Babiker.
“Peletakan jawatan itu belum muktamad sebelum Presiden Majlis Tentera Sudan membuat keputusan,” kata jurucakap rasmi Majlis, Jeneral Shams al-Din Kabashi.
Majlis tentera terdiri daripada 10 anggota revolusi, yang meminta mesyuarat selepas pemimpin menggantung rundingan dengan penguasa tentera negara pada hari Ahad. – YP Agency
