Rusia Usulkan Alternatif Kepada Kesepakatan Damai, Kata Pegawai Rasmi Palestin

Rusia kini sedang bekerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) “bagi menjernihkan wawasan baru untuk proses perdamaian Palestin-Israel berdasarkan legitimasi antarabangsa,” kata duta Palestin ke Rusia, Abdel Hafiz Nofal, semalam.

Bercakap kepada stesen Radio Voice of Palestin, Nofal menjelaskan bahawa cadangan Rusia itu akan menjadi “alternatif” kepada ‘Perundingan di Abad ini’ yang dilancarkan oleh Amerika.

“Langkah Rusia mencerminkan penolakan masyarakat antarabangsa terhadap rancangan Amerika,” tambah beliau.

Sumber rasmi Palestin itu mendesak Moscow “untuk memperkenalkan mekanisma yang diperlukan untuk pelaksanaan usulannya.”

Sejak berkhidmat pada 2017, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menggembar-gemborkan perjanjian “abad ini,” dengan menantunya, Jared Kushner dan utusan khasnya ke Timur Tengah Jason Greenblatt, bekerjasama rapat dengan rancangan itu.

Di bawah rancangan itu, Israel akan mendapat kawalan keselamatan ke atas Tebing Barat, yang merupakan wilayah yang diduduki, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Baitulmuqaddis berada di tengah-tengah konflik Timur Tengah yang berdekad lamanya, dengan Palestin mengharapkan Baitulmuqaddis Timur yang diduduki oleh Israel sejak tahun 1967 – mungkin suatu hari menjadi ibukota negara Palestin.
– Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *