Presiden Iran mengatakan dalam satu wawancara bahawa Amerika Syarikat telah melihat jawapan untuk mesejnya kepada Paksi Muqawamah secara praktikal dan telus di dalam operasi darat.
Presiden Ebrahim Raeisi dalam wawancara dengan Al Jazeera mengatakan bahawa, Amerika Syarikat telah menghantar mesej kepada Paksi Muqawamah dan telah melihat jawapannya secara praktikal dan terbuka di lapangan.
“Kejahatan rejim Zionis telah melintasi garis merah kemanusiaan dan ketenteraan dan membuat semua orang bergerak (melakukan sesuatu),” kata Raeisi.
Hari ini (Sabtu), pada hari ke-22 penjajahan Israel di Semenanjung Gaza, Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa jumlah mereka yang syahid di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 7,703 orang termasuk 3,595 kanak-kanak dan jumlah yang cedera telah meningkat menjadi lebih dari 20,000 orang.
Dalam wawancara dengan Al-Jazeera itu juga, Presiden Iran berkata, “Kekalahan rejim Zionis dalam serangan darat di Gaza malam tadi adalah kemenangan kedua setelah Operasi Taufan Al-Aqsa.”
“Rejim Zionis tidak mencapai kemenangan nyata setelah Taufan Al-Aqsa, sebaliknya ini dianggap sebagai kekalahan strategik.”
Tentera Zionis melancarkan operasi darat terhadap Semenanjng Gaza malam tadi dengan memotong sepenuhnya sambungan Internet dan semua jenis komunikasi di Gaza, namun gerakan Hamas memaksa mereka berundur setelah menimbulkan kerugian besar kepada Zionis.
Selain itu, presiden itu juga mengatakan bahawa “Washington meminta kami untuk tidak mengambil tindakan apa pun, sementara ia memberikan sokongan meluas kepada rejim Zionis, ini tidak masuk akal.”
Raeisi juga menekankan bahawa Iran, bersama dengan semua negara Arab dan Islam dan negara-negara lain di dunia, bersetuju dengan gencatan senjata segera.
Beliau berkata, “Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah meletakkan halangan dalam perjalanan menuju gencatan senjata di Gaza dan ini adalah kejahatan.”
Beliau menekankan bahawa perhitungan Amerika di rantau ini terbukti benar-benar salah, sambil menegaskan bahawa Washington tidak akan pernah mencapai tujuannya untuk mewujudkan Timur Tengah yang baharu.
“Kami telah melakukan usaha yang luas dan beragam dan sokongan kami terhadap Palestin dan Muqawamah adalah bukan fleksibel.”
“Muqawamah di Palestin dan rantau ini adalah bebas dan mereka membuat keputusan sendiri tanpa perlu menerima arahan dari Tehran,” tegas beliau.
“Rejim Zionis dan sokongan Amerika tidak mampu menghilangkan Muqawamah Palestin.”
“Amerika Syarikat menyedari kemampuan yang kita ada dan tahu bahawa ia tidak mampu mengatasinya,” kata presiden Iran.
Sumber berita: Mehr News
