Operasi darat Gaza diluluskan sebulat suara: Netanyahu

Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu speaks during a press conference in the Kirya military base in Tel Aviv on October 28, 2023 amid ongoing battles between Israel and the Palestinian group Hamas. Netanyahu said on October 28 that fighting inside the Gaza Strip would be "long and difficult", as Israeli ground forces operate in the Palestinian territory for more than 24 hours. (Photo by Abir SULTAN / POOL / AFP) (Photo by ABIR SULTAN/POOL/AFP via Getty Images)

Anggota Kabinet perang rejim Zionis telah bersetuju dengan sebulat suara untuk memperluaskan operasi darat di Semenanjung Gaza, kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari Sabtu, lapor Anadolu Agency.

Bercakap pada sidang media bersama dengan Menteri Pertahanan Yoav Galant, dan Menteri Kerajaan Darurat Benny Gantz, Netanyahu menyatakan: “Kami baru saja memulakan perjalanan ini. Pertempuran di Semenanjung Gaza akan sukar dan berlarutan, dan kami bersedia untuk itu.”

Beliau menggambarkan perang yang sedang berlangsung di Gaza sebagai “sebuah ujian bagi kewujudan Israel. Ini adalah perang kemerdekaan kedua kita.”

Beliau menambah, “Pada minggu-minggu pertama perang, kita menghancurkan musuh secara besar-besaran bagi membantu pasukan kita memasuki kawasan daratan dengan lebih selamat. Perang ini akan menjadi misi hidup kami.”

Mengulas berkenaan cadangan Hamas ’untuk perjanjian pertukaran tahanan’, Netanyahu menyatakan bahawa Kabinet perang membahaskan cadangan itu, “namun membincangkannya sekarang tidak akan membantu.”

Menjawab soalan berkenaan siapa yang bertanggungjawab atas kegagalan tentera dan perisikan pada 7 Oktober, Netanyahu berkata: “Selepas perang, kita semua mesti memberikan jawapan kepada soalan sukar. Kecuaian besar telah berlaku dan ini akan disiasat secara menyeluruh dan terperinci.”

 

 

 

Sumber berita: Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *