Tentera Israel terbunuh, pangkalan Amerika Syarikat di Syria diserang ketika suasana serantau memanas

Muqawamah Islam di Iraq telah melakukan operasi terhadap pangkalan penjajah Amerika Syarikat di Iraq dan Syria selama 9 hari berturut-turut

 

Sumber Al Mayadeen melaporkan hari ini bahawa dua tentera Israel terbunuh, dan 3 yang lain cedera, akibat dari serangan kumpulan Muqawamah Islam di Lubnan yang menyasarkan pos tentera “Hanita” di sempadan Lubnan-Palestin, petang Rabu.

Muqawamah Islam telah melaporkan bahawa para pejuangnya, pada jam 3:25 petang hari Rabu, menyasarkan tapak “Hanita” dan Al-Bahri dengan peluru berpandu, mengesahkan bahawa sejumlah peralatan teknikal mereka musnah.

Media tentera Hizbullah menyiarkan video yang menunjukkan serangan Muqawamah Islam di dua lokasi penjajahan Israel di Khirbet Al-Manara dan Branit.

Sementara itu, media Israel melaporkan bahawa empat peluru berpandu yang ditembak dari Lubnan mengenai penempatan Kiryat Shmona, sambil menambah bahawa Iron Dome gagal memintas kesemua roket itu.

Di pihak Hizbullah pula, wartawan Al-Manar melaporkan pengeboman artileri Israel di beberapa bandar di sempadan Lubnan.

Dalam perkembangan yang lain, kumpulan Muqawqmah Islam di Iraq mengumumkan pada hari Rabu, bahawa pejuangnya menyasarkan pangkalan penjajah Amerika di “Lapangan Terbang Abu Hajar – Kharab al-Jir” di timur laut Syria, dengan rentetan peluru berpandu, untuk kali kedua dalam beberapa jam terkini.

Muqawamah Islam di Iraq mengaku bertanggungjawab atas operasi yang mensasarkan penjajah AS di “Lapangan Terbang Abu Hajar – Kharab al-Jir” di timur laut Syria dengan roket, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada hari Rabu, yang mengesahkan roket langsung mengenai sasaran.

Sejak hari pertama pelancaran Operasi Taufan Al-Aqsa, sebagai tindak balas terhadap kejahatan Israel ke atas rakyat Palestin dan tempat suci mereka, Presiden Amerika Biden mengumumkan sokongan “tanpa henti” kepada entiti tersebut dan segera menandatangani peningkatan bantuan ketenteraan yang dihantar setiap hari.

Langkah ini adalah pengakuan terbuka terhadap semua kejahatan Israel ke atas orang awam di Gaza, yang mengakibatkan kematian lebih dari 6,700 orang awam, yang kebanyakannya adalah kanak-kanak, wanita, dan warga tua.

Sebagai tindak balas, paksi Muqawamah Iraq menyatakan bahawa semua pangkalan Amerika Syarikat yang dapat dijangkau telah menjadi sasaran yang sah, terutamanya yang berada di Iraq. “Kami tidak akan diam dalam menghadapi pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza,” ikrar paksi tersebut pada awal minggu ini.

Awal pagi ini, sumber Al Mayadeen menyatakan bahawa lapangan terbang Kharab al-Jir disasarkan dengan peluru artileri dan roket.

Washington mengakui pada hari Rabu bahawa setakat ini, 30 anggota tentera Amerika cedera dalam serangan itu, yang telah berlangsung selama 9 hari berturut-turut.

 

 

 

Sumber berita: Al Mayadeen English dan Al-Manar English Website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *