Rahsia Kewangan Dunia – Dolar Amerika Bakal Musnah

Era kemusnahan Dolar Amerika (USD) semakin menghampiri apabila dilihat kepada begitu banyak perkembangan terkini di peringkat global, di mana semakin banyak negara-negara dunia yang sudah mula mengabaikan USD selaku matawang di dalam berbagai transaksi yang mereka lakukan termasuk di dalam urusniaga jual-beli minyak dunia.

Negara-negara seperti Iran, Rusia, China, India, Brazil dan Afrika Selatan telah mula di dalam transaksi urusniaga mereka, samada menggunakan kadar tukaran matawang 2 hala tanpa bersandar kepada nilai USD atau menggunakan emas serta komoditi/aset lain selaku medium kepada urusniaga tersebut.

Bahkan semakin banyak negara-negara lain di benua Eropah dan Amerika Selatan dan Asia yang sudah mula meminta kembali simpanan emas mereka yang disimpan di US Federal Reserve sebagai persediaan untuk menghadapi zaman kemusnahan USD.

Proses ini dinamakan sebagai ‘Nail In The Dollar Coffin’ iaitu proses kematian USD secara perlahan-lahan yang akan turut memusnahkan banyak matawang negara dunia lain yang masih mengikat nilai matawang mereka dengan USD semata-mata.

Tindakan Saddam di Iraq yang menjual minyak dengan matawang Euro serta Gaddafi di Libya yang cuba menjual minyak dengan dinar emas, telah menyaksikan kerajaan mereka diserang dan digulingkan oleh Zionis/Kapitalis.

Sementara tindakan Iran menjual minyak dengan Euro dan emas serta komoditi lain pula telah menyaksikan mereka menerima lebih banyak sekatan ekonomi, diganggu program nuklear mereka serta diharamkan dari menggunakan sistem SWIFT.

Perubahan kepada sistem matawang baru adalah sesuatu yang pasti dan akan mengakibatkan sebuah malapetaka sosial global.

Orang ramai menyumbang kepada proses cetakan matawang kertas secara besar-besaran melalui penggunaan kad kredit dan pinjaman dari bank, yang menyumbang kepada peningkatan inflasi dan penurunan nilai matawang akibat kecairan (liquidity) serta penurunan kuasa membeli sehingga meningkatkan elemen kemiskinan dan akhirnya memberi impak negatif kepada status sosial masyarakat secara seluruhnya.

Inflasi yang kemudian disusuli dengan deflasi (kemelesetan ekonomi) secara berulang dan tidak menentu inilah yang akan menyumbang kepada kemusnahan sistem matawang fiat yang tidak stabil yang sedang membelenggu seluruh dunia apabila ia dilihat tidak lagi boleh menjadi medium yang efektif kepada urusniaga komoditi dan perkhidmatan di seluruh dunia.

Inilah sistem Zionis yang menjadi barah kepada seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *