Polis Jerman Tangkap 10 Orang Disyaki Pengganas

Polis Jerman menangkap 10 orang yang disyaki merancang serangan ganas di negara tersebut. Penangkapan dilakukan setelah hampir 200 petugas melakukan penggeledahan di Hesse dan Rhineland-Palatinate.

“Mereka yang ditangkap dipercayai merancang untuk membunuh sebanyak mungkin orang yang berbeza fahaman dengan menggunakan kenderaan dan senjata,” kata peguam negara kepada BBC, Sabtu (23/3).

Seorang pemuda Jerman berusia 21 tahun dari Offenbach, Frankfurt, dan dua lelaki yang yang mempunyai hubungan saudara berusia 31 tahun dari Wiesbaden adalah saspek utama.

“Mereka dipercayai berhubung dengan pedagang senjata yang berbeza, dan menyewa kenderaan besar serta mengumpulkan sumber kewangan untuk digunakan dalam pembelian senjata untuk melaksanakan rancangan pembunuhan tersebut,” kata jurucakap jabatan undang-undang.

“Mereka yang ditangkap berusia lingkungan 20 dan 42 tahun, dan antara mereka adalah warga negara Jerman,” tambahnya lagi.

Kini mereka yang ditahan itu didakwa atas tuduhan membiayai pengganas dan konspirasi jenayah di Jerman.

Dalam operasi tersebut, polis telah menyita wang tunai sebanyak 20.000 Euro (RM92,000), serta beberapa bilah pisau. Selain itu, sejumlah ubat-ubatan dan peranti elektronik beserta dokumen juga telah ditemui.

Jerman sedang dalam langkah berjaga-jaga setelah beberapa serangan pengganas yang melanda negaranya dalam beberapa tahun terakhir. Yang paling dasyat adalah pada Desember 2016, ketika seorang pemuda melanggar trak di mana ramai pengunjung ke Berlin pada sambutan krismas, yang telah mengorbankan seramai 12 orang.

Anis Amri, warga Tunisia dipercayai dalang serangan pengganas tersebut. Dia ditembak dan dibunuh di Itali empat hari setelah cuba melepaskan diri. – merdeka.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *