Demi Palestin : Penyokong Celtic Mengumpul £176,000 Bayar Denda UEFA

Penyokong kelab bola sepak ‘Celtic FC’, mengumpulkan dana sebanyak £176,000 sejurus apabila UEFA mengenakan denda ke atas kelab itu kerana para penyokongnya mempamerkan bendera Palestin semasa perlawanan berdepan dengan pasukan Israel.

Sokongan kuat mereka terhadap rakyat Palestin jelas kelihatan apabila mereka berusaha gigih mengumpulkan dana bagi membayar denda tersebut dan dana lebihannya diserahkan kepada dua pertubuhan amal Palestin.

Isu Palestin sesungguhnya adalah isu kemanusiaan sejagat. Mereka yang bersama Palestin dan menyokong Palestin adalah mereka yang memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat, yaitu keadilan, menentang penjajahan apa jua bentuk kezaliman.

Tahniah kepada Celtic dan para penyokongnya !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *