Tentera penjajah Zionis malam tadi melancarkan dua serangan roket yang memusnahkan sepenuhnya pejabat Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, di Gaza. Mereka juga mendakwa kononnya bangunan tersebut adalah pusat perisikan bagi merancang serangan roket ke Tel Aviv.
Terdahulu, tentera Zionis melancarkan serangan udara ke kawasan utara Gaza, kejiranan Abu Mu’amar di timur Rafah, serta beberapa lagi lokasi di Khan Younis dan Deir al-Balah.
Dalam perkembangan berkaitan, Hamas menyebut bahawa pihak Mesir telah memudahcara gencatan senjata bermula jam 10:00 malam waktu Gaza.