Pangkalan AS Ain al-Asad disasarkan dalam serangan dron terbaru

Pangkalan udara Ain al-Asad yang menempatkan tentera AS di Iraq dilaporkan mengalami serangan dron terbaru

 

Seorang pegawai Amerika mengumumkan bahawa salah satu pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq menjadi sasaran.

Memetik berita ini, Reuters mengumumkan bahawa pangkalan tentera “Ain al-Assad” yang terletak di Iraq diserang dron.

Menurut laporan itu, pegawai Amerika itu mendakwa tiada kemalangan jiwa atau kerosakan material akibat serangan dron ke atas pangkalan Ain al-Assad ini.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan ini.

Kumpulan muqawamah yang berpangkalan di Iraq telah berulang kali menyerang pangkalan AS di wilayah Iraq dan Syria dengan peluru berpandu dan dron sejak beberapa bulan lalu sebagai tindakan balas terhadap jenayah rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Kumpulan-kumpulan itu juga marah dengan kehadiran tentera AS di rantau itu, yang mereka lihat sebagai sumber ketidakstabilan, serta sokongan Washington kepada rejim Israel dalam perang berterusannya ke atas Gaza.

Dua pangkalan haram Amerika Syarikat di Syria juga menjadi sasaran dron dan peluru berpandu awal pagi Isnin.

 

 

Sumber berita: Marzieh Rahmani, Mehr News Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *