Hizbullah meletupkan bom di laluan tentera Israel di sempadan

 

Tentera Muqawamah Hizbullah Lubnan meletupkan peranti letupan sebaik tiba pasukan Israel (Briged Golani) ke kawasan sempadan Tal Esmail, membunuh atau mencederakan semua askar musuh, kata kenyataan pergerakan itu pada Isnin.

Tentera rejim Zionis Israel mengesahkan korban dan berkata bahawa “Empat tentera cedera, satu serius, dalam letupan yang didakwa oleh Hizbullah di sempadan Lubnan.”

Bom yang ditanam di dalam wilayah Lubnan meletup ketika tentera melintasi sempadan, lapor Times of Israel yang memetik kenyataan Hizbullah sebagai berkata, sambil menambah bahawa jet pejuang Israel melanda tapak Hizbullah dalam serangan semalaman.

Hizbullah telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di sempadan negara itu sambil tentera Israel berkata ia masih menjalankan siasatan ke atasnya.

Tentera Israel berkata kejadian itu berlaku semasa “aktiviti operasi” yang dijalankan oleh unit peninjau dan unit kejuruteraan tempur elit Yahalom Briged Golani.

 

 

 

Sumber berita: Mehr News Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *