Seorang pegawai tinggi Hamas menyatakan bahawa Menghentikan pembekalan senjata untuk Israel adalah lebih penting dari penghantaran bantuan udara ke Gaza. Usamah Hamdan berkata, ”Kami pada 2 hari lalu telah menjelaskan pandangan kami dan menekankan syarat-syarat untuk gencatan senjata. Kami meminta gencatan senjata, berundurnya pasukan Israel secara menyeluruh dan kepulangan para pelarian rakyat Palestin,” lapor al-Alam pada Selasa malam 5 Mac.
“Israel masih menggunakan taktik penangguhan waktu terhadap cadangan-cadangan gencatan senjata. Musuh memanfaatkan pembantaian besar-besaran sebagai alat tekanan bagu menghalang rakyat Palestin memperolehi hak-hak mereka. Namun ketahuilah bahawa apa yang tidak dapat diperolehi di medan perang, juga tidak akan bisa didapatkan mereka dari meja perundingan.”
Hamdan menegaskan, segala bentuk pertukaran tawanan hanya akan dilakukan setelah gencatan senjata dan dipenuhinya seluruh syarat-syarat Hamas.
“Pembunuhan beramai-ramai dan penyasaran konvoi-konvoi bantuan masih terus berlanjutan. Bantuan-bantuan udara hanya memenuhi sebagian kecil keperluan warga Gaza,” lanjutnya.
“Kami menyatakan kepada Washington bahwa yang lebih penting dari menghantar bantuan melalui udara adalah menghentikan pembekalan senjata kepada Israel.”
“Jika kami bersikap lebih lunak, itu demi melindungi darah rakyat kami. Namun dalam masa yang sama, kami juga sedia untuk bertempur. Rakyat kami tidak akan menerima apa saja perjanjian yang tidak merangkumi gencatan senjata dan penghentian sekatan. Muqawamah akan tetap berjuang sebagai pelindung pengorbanan rakyat kami dan pengusiran musuh.”
“Negara-negara Arab-Islam harus mengambil langkah tegas untuk menghentikan pembantaian warga Gaza. Kami meminta masyarakat dunia melakukan tekanan yang jelas untuk membuka lintasan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan masuk,” tegas Hamdan.
Ia juga menyatakan, Rejim Zionis sama sekali tidak mementingkan gencatan dan pembebasan para tawanan israel.
Sumber berita: Poros Perlawanan
