Seorang komander kanan gerakan muqawamah Lubnan Hizbullah telah dibunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan.
Wissam Hassan al-Tawil telah dibunuh apabila serangan melanda kenderaan yang mengangkutnya di kampung Khirbet Selm pada hari Isnin.
Komander itu berkhidmat dengan pasukan elit darat Radwan Hizbullah.
Israel telah terdesak dalam pencerobohan darat ke atas Semenanjung Gaza yang terkepung sejak awal Oktober. Rejim itu tidak mencapai objektif di Gaza selain membunuh lebih daripada 23,000 orang.
Selatan Lubnan juga tegang sejak itu, dengan tentera Hizbullah dan Israel saling berbalas serangan merentasi sempadan pada setiap hari.
Pada hari Isnin, seorang lagi anggota Hizbullah turut dibunuh dalam serangan udara Israel di kampung Majdal Selm.
Hizbullah telah pun memberi amaran kepada rejim tentang akibat peningkatan serangan selanjutnya di rantau ini.
Pada hari Jumaat, Setiausaha Agung Hizbullah Sayyed Hassan Nasrallah berkata Israel menyembunyikan “kerugian besar” yang dialaminya di selatan Lubnan memandangkan operasi pergerakan muqawamah Lubnan menentang rejim pendudukan adalah “sangat memenatkan.”
Tentera Israel telah mengakui bahawa pangkalan udara strategiknya di Bukit Meron telah mengalami “kerosakan serius” dalam serangan peluru berpandu baru-baru ini oleh Hizbullah.
Ia adalah serangan balas oleh Hizbullah selepas pembunuhan timbalan Ketua Pergerakan Muqawamah Palestin Hamas, Saleh al-Arouri di Dahiyeh, pinggir selatan Beirut pada 2 Januari.
Sumber berita: Pars Today
