Tentera rejim Israel telah mengakui bahawa roket Hizbullah merosakkan pangkalan tentera udara strategik di tanah yang diduduki utara pada hari Sabtu.
Gerakan muqawamah Lubnan Hizbullah berkata pada Sabtu bahawa ia menyasarkan kedudukan penting tentera Israel dengan tembakan 62 roket secara bertubi-tubi sebagai tindak balas “permulaan” terhadap pembunuhan seorang pemimpin Hamas di Beirut pada minggu ini.
Pada hari Sabtu, tentera Israel menyatakan bahawa pangkalan pengawasan udara Meron telah disasarkan dengan 40 buah roket dan ia bertindak balas terhadap serangan itu dengan menyasarkan pangkalan Hizbullah di selatan Lubnan.
Sehari selepas insiden tersebut, tentera rejim Israel membuat pengakuan bahawa serangan Hizbullah telah mengakibatkan kerosakan besar kepada pangkalan udara strategik itu, kata Haaretz.
Timbalan ketua Hamas Saleh al-Arouri dan para sahabatnya telah dibunuh dalam satu serangan dron Israel di Ibu negara Lubnan Beirut.
Sumber berita: Mehr News Agency
