Sebagai pembalasan bagi empat orang syahid yang dibunuh oleh peluru tepat Israel di Selatan Lubnan, Hizbullah mensasarkan penempatan Israel, “Kiryat Shmona” dengan roket Grad
Sebagai tindak balas kepada “jenayah keji dan kejam yang dilakukan oleh musuh Zionis petang ini(Ahad), yang telah menyasarkan sebuah kereta awam di jalan Maayserah antara Ainata dan Aitaroun,” Hizbullah mengesahkan, dalam satu kenyataan bahawa para pejuangnya telah “melancarkan serangan peluru berpandu di penempatan Qiryat Shemona pada pukul 7:20 malam pada hari Ahad, 5 November 2023, menggunakan sejumlah roket Grad (Katyusha).”
Muqawamah Islam di Lubnan juga menegaskan bahawa ia “tidak akan pernah bertolak ansur dengan bahaya atau pencerobohan terhadap orang awam,” sambil menegaskan bahawa serangan terhadap orang awam akan dibalas dengan tindak balas yang “tegas dan kuat”.
#WATCH | The location where one of the rockets fired from #Lebanon fell in the "Kiryat Shmona" settlement, north of occupied #Palestine. pic.twitter.com/nIUdYPy87i
— Al Mayadeen English (@MayadeenEnglish) November 5, 2023
Dalam kemas kini, serangan kedua peluru berpandu Grads telah dilancarkan sekitar jam 9:30, namun tiada laporan pengaktifan Iron Dome yang direkodkan.
Saluran 13 Israel melaporkan bahawa sistem Iron Dome Israel tidak berkesan terhadap roket Hizbullah, ketika projektil muncul dengan pantas dari selatan Lubnan dan jatuh di “Kiryat Shmona”.
Sebelumnya, tentera penjajah Israel menyasarkan sebuah kereta awam di wilayah Lubnan menggunakan peluru tepat meragut nyawa tiga kanak-kanak dan nenek mereka, sementara ibu mereka dibawa ke hospital terdekat.
Peluru itu dilancarkan dari drone yang secara langsung mensasarkan kereta, di Ainata, Selatan Lubnan, menurut wartawan Al Mayadeen.
Pada gilirannya, media Israel segera mengumumkan bahawa IOF mengaku telah “mengebom pejuang yang ingin mensasarkan penempatan dengan peluru berpandu.”
Pelanggaran kedaulatan ini, dan serangan terang-terangan terhadap orang awam, merupakan yang pertama seumpamanya dan kenyataan Israel menunjukkan sejauh mana pemalsuan dan pembohongan dalam propaganda penjajahan.
Penting untuk diperhatikan bahawa bandar Ainata terletak berdekatan dengan bandar Bint Jbeil dan hanya beberapa kilometer antara bandar dan sempadan Lubnan-Palestin. Perkampungan selatan di Lubnan masih menyaksikan pergerakan orang awam yang normal, walaupun Israel meningkatkan serangan di sempadan.
Sumber berita: Al Mayadeen English
