Duta Yaman: Yaman akan meningkatkan serangan ke atas Zionis untuk menamatkan kejahatan mereka

Duta Besar Yaman ke Iran menyatakan bahawa serangan ketenteraan Yaman ke atas Zionis akan meningkat sehingga kejahatan pakatan biadab ini di Gaza tamat.

Dalam temu bual dengan Mehr News Agency, Ibrahim al-Dulaimi, duta besar Yaman ke Iran menjelaskan tindakan angkatan tentera Yaman pada hari Selasa dalam tindak balas ketenteraan terhadap kejahatan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Beliau berkata, “Tentera Republik Yaman dan bangsa Yaman melancarkan tindak balas ketenteraan terhadap kejahatan dan pencerobohan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin”.

Beliau menambah bahawa tujuan serangan ini, yang dilancarkan atas permintaan bangsa Yaman adalah untuk menghentikan pencerobohan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin dan penduduk Gaza.

Duta Besar Yaman itu juga menekankan bahawa, “Kami mempunyai beberapa strategi untuk membebaskan Palestin dan menghentikan kejahatan rejim Zionis.”

Menjelaskan mesej Yaman kepada negara-negara Islam yang lain, al-Dulaimi menyatakan, “Mesej kami kepada negara-negara Muslim adalah bahawa kita semua harus berdiri bersama di belakang negara Palestin dan menyokong mereka.”

Walaupun negara-negara Islam tidak dapat memasuki medan perang ketenteraan, mereka harus berhenti menjual minyak kepada rejim Zionis dan memboikot membeli produk Zionis dan Amerika, katanya.

Beliau menekankan bahawa seperti yang diumumkan sejak awal pencerobohan rejim Zionis ke Gaza, Yaman terus menyokong rakyat Palestin, sambil menambah bahawa serangan ketenteraan Yaman ke atas Zionis akan meningkat sehingga kejahatan gabungan biadab ini di Gaza ditamatkan.

Pada hari Selasa, angkatan tentera Yaman mengesahkan laporan media mengenai tembakan sejumlah besar peluru berpandu balistik dan bersayap dan sebilangan besar drone mereka di pelbagai sasaran di wilayah yang dijajah.

Serangan itu sebagai menyokong rakyat Palestin semasa kebangkitan mereka sepanjang beberapa hari yang panjang ini terhadap serangan entiti haram di Semenanjung Gaza yang dikepung, sambil berkikrar untuk meneruskan serangan peluru berpandu dan drone mereka.

Jurucakap Tentera Yaman, Brigadier Jeneral Yahya Saree menjelaskan bahawa kerajaan Sana’a Yaman telah melakukan tiga operasi dalam solidariti dan sokongan kepada saudara-saudara yang tertindas selama tiga minggu terakhir, menegaskan komitmen mereka terhadap perjuangan Palestin.

Saree berkata, sambil menambah, “Untuk hari ke-25, dunia menyaksikan apa yang berlaku di Palestin yang dijajah dan apa yang terdedah kepada Semenanjug Gaza dalam hal pencerobohan Israel-Amerika yang kejam, pembunuhan beramai-ramai setiap hari, kehancuran menyeluruh, dan pengepungan yang menyekat.”

Jurucakap itu juga menekankan tentang hak rakyat Palestin untuk mempertahankan diri dan mengatakan penjajahan Israel adalah entiti yang menjejaskan kestabilan rantau tersebut dan melancarkan keganasan.

 

 

 

Sumber berita: Mehr News dan Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *