Setiausaha Agung PPB Bimbang, Sudan di Ambang Perang Saudara Skala Penuh

Konflik dan perang saudara di Sudan semakin meluas dan berterusan dan usaha untuk mewujudkan perdamaian dan kestabilan di negara ini gagal akibat peningkatan serangan kedua belah pihak yang bertelagah.

Perang saudara di Sudan meletus pada 15 April 2023 akibat perebutan kuasa antara tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) atau Pasukan Sokongan Pantas di tengah kekosongan kerajaan.

1133 orang dilaporkan maut akibat perang saudara di Sudan. Lebih dari 2.9 juta orang pula kehilangan tempat tinggal, termasuk 700 ribu yang memilih untuk melarikan diri ke negara-negara jiran.

RSF mendominasi medan perang di Khartoum, ibu negara Sudan dan sejumlah bandar di sekitarnya, seperti Omdurman dan Bahri. Omdurman menjadi medan tempur paling sengit.

Bahagian barat bandar tersebut merupakan laluan utama bagi RSF untuk membawa bekalan senjata dan pasukan tenteranya dari Darfur, wilayah markas utama mereka.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberi amaran akan kemungkinan tercetusnya perang saudara berskala penuh di Sudan.

Beliau mengumumkan bahawa perang antara tentara Sudan dan RSF mungkin akan menggoncang seluruh rantau, dan situasi ini tidak hanya mengancam Sudan tetapi juga seluruh rantau di sekitarnya.

“Terdapat pengabaian menyeluruh terhadap undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia dalam konflik ini yang amat berbahaya,” katanya.

Tentera Sudan dan RSF berusaha untuk menguasai lokasi dan tempat-tempat penting di negara ini, termasuk istana kepresidenan, markas besar angkatan tentera, pusat pemerintahan pasukan reaksi pantas dan beberapa lapangan terbang tentera dan awam.

Tentera Sudan dan RSF menggunakan segala jenis senjata ringan dan berat dalam konflik tersebut. Selain itu, di beberapa wilayah Khartoum, ledakan terdengar dan pesawat-pesawat tempur terlihat di langit bandar ini.

Dalam serangan udara terbaru tentera Sudan di daerah Dar al-Salam, yang terletak di sebelah barat Libya Bazaar di kota Omdurman, 22 orang maut dan ratusan lainnya cedera.

Farhan Haq, wakil jurucakap Setiausaha Agung PBB dalam kenyataannya menyatakan kebimbangan Antonio Guterres tentang meluasnya perang saudara di bahagian Kurdufan (Kordofan) Utara, Kurdufan Selatan dan Nil Biru.

Beliau berkata, undang-undang kemanusiaan diabaikan dengan cara yang berbahaya dan membimbangkan.

Meskipun semua usaha telah dilakukan untuk mewujudkan gencatan senjata di Sudan, namun pihak-pihak yang berkonflik tidak mematuhinya dan bahkan melanjutkan tembak menembak dan saling menyerang.

Sudan telah menghadapi berbagai krisis politik dan ekonomi selama bertahun-tahun. Krisis yang menyebabkan kudeta tentera terhadap Omar al-Bashir, mantan diktator negara ini. Namun berkuatkuasanya pemerintahan tentera dan kelanjutannya telah memicu peningkatan bantahan di Sudan.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh wujudnya pencerobohan asing, terutama dari negara-negara saingan, sehingga dalam perang ketika ini, pihak yang berkonflik memanfaatkan sokongan asing dalam perbekalan senjata dan kelengkapan ketenteraan.

Di sudut yang lain, konteks kesukuan di Sudan, dan perang serta rusuhan di kawasan seperti Kurdufan dan Nil yang telah berlangsung puluhan tahun akibat kurangnya perhatian kerajaan pusat, semakin memburukkan keadaan.

Menurut laporan majalah The Economist, banyak suku Arab Darfur, dan rakan kulit hitam mereka, masih merasa tertindas. Kekerasan Arab terhadap orang-orang Afrika yang kembali, telah meluas.

“Ini adalah perang terburuk yang pernah saya lihat dalam 20 tahun sebagai sukarelawan bantuan,” kata Justin M. dari badan amal kemanusiaan yang berpangkalan di Perancis.

Video di media sosial memperlihatkan orang-orang bersenjata melakukan Arabisasi yang intens di kawasan dan melakukan penghinaan dan kekerasan etnis.

Sebelumnya, Wakil Khusus PBB untuk Sudan Volker Peretz menggambarkan perang di Darfur Barat sebagai “pembersihan etnis, dalam skala besar”.

Masalah ekonomi dan situasi geopolitik Sudan adalah masalah lain yang telah menempatkan negara ini dalam kancah konfrontasi terbuka antara kelompok-kelompok politik internal dan perang proksi negara-negara Arab.

Sudan yang terletak di sebelah Laut Merah dengan lokasi geografis sangat penting untuk akses ke sub-Sahara Afrika dan jalur perdagangan global serta rantai pasokan melalui selat Bab al-Mandeb.

Di sisi lain, lombong emas Sudan adalah harta karun yang diidamkan oleh semua negara di kawasan dan agen-agen di dalamnya.

Menurut pakar politik Patrick Smith, sejak revolusi yang menggulingkan al-Bashir pada April 2019, perdagangan emas Sudan menjadi isu utama dalam politik kekuasaan di negara ini.

Berdasarkan dokumen Global Witness, Sudan mengeksport emas bernilai 16 billion dolar ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) setiap tahun.

Sudan secara keseluruhan ketika ini dalam situasi kritikal. Tidak ada satu pun pihak yang berkuasa di negara ini yang rela menyerahkan kepentingan pribadi dan sokongan asingnya demi mencapai perdamaian, bahkan semua usaha untuk mewujudkan gencatan senjata pun belum berhasil.

Semua orang bimbang, berlanjutanya perang saudara di Sudan tidak hanya menjadi perang saudara skala penuh di negara ini, namun juga meluas dan melibatkan negara-negara lain di kawasan tersebut.

 

 

 

Sumber berita: Pars Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *