Timbalan Menteri Luar Rusia menyatakan, BRICS mampu menjadi pusat konsentrasi di dunia multipolar, dan menjadi ancaman dunia unipolar.
Sergei Ryabkov, pada Khamis berkata, “Negara-negara anggota BRICS ketika ini sedang mengalami kemajuan, dan membuktikan kekuatan serta kestabilan mereka.”
Sehubungan dengan berita yang diterbitkan oleh media-media Barat, berhubung pemindahan lokasi penyelenggaraan pertemuan BRICS dari Afrika Selatan ke China, Ryabkov menggelarkannya sebagai palsu.
“Kemungkinan besar berita palsu ini disebarkan untuk menimbulkan komplikasi dalam koordinasi BRICS, dan untuk memaksakan seakan perintah kerja yang tidak benar,” kata beliau.
Timbalan Menteri Luar Rusia itu menambah, “Isu pengembangan BRICS dan sebilangan negara-negara yang bergabung seperti Arab Saudi telah lama dibincangkan, dan kami akan menyokong keahlian mereka tanpa syarat.”
Beliau menegaskan, “Negara-negara yang bergabung dengan kumpulan negara yang melaksanakan sekatan terhadap Rusia, mungkin tidak akan menjadi salah satu anggota BRICS yang baru.”
Mesyuarat BRICS di Cape Town, Afrika Selatan, diadakan pada hari Khamis, dan juga dihadiri oleh Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, Hossein Amir Abdollahian.
Sumber berita: Pars Today
