Satu Daripada Tujuh Orang Di UK Merasakan Hutang Mereka ‘Di Luar Kawalan’

15% orang di UK merasakan keadaan hutang mereka dalh “di luar kawalan” atau mereka tidak mempunyai cara untuk membayarnya di tengah-tengah krisis kos sara hidup, mengikut satu tinjauan baru.

Penyelidikan oleh Aviva mendapati bahawa daripada 2,000 orang yang ditinjau pada bulan April, dua pertiga (67%) melaporkan bahawa mereka mempunyai beberapa bentuk hutang yang membebankan. Sementara itu, hampir separuh (48%) yang berusia lebih dari 55-an yang ditanya mengatakan bahawa mereka masih mempunyai “pelbagai” hutang, walaupun semakin hampir dengan usia persaraan.

Jumlah orang yang merasakan bahawa keadaan hutang mereka meningkat di luar kawalan telah meningkat kepada hampir seperlima (18%) pada mereka yang berumur dari 45 hingga 54 tahun. Tambah membimbangkan, hampir satu daripada 10 orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan ( 9% ) mengakui bahawa mereka “tidak mengetahui” berapa banyak mereka sedang berhutang dalam hutang terkumpul, dengan angka ini meningkat kepada 16% bagi mereka yang berusia 45 tahun dan ke atas.

Alistair McQueen, ketua bahagian simpanan dan persaraan di Aviva berkata, “Kadar faedah telah meningkat ke tahap yang belum pernah kita lihat sejak tahun 2008 – dan dijangka meningkat lebih jauh. Kos hutang kini menjadi tumpuan utama, dan berjuta-juta mungkin perlu memikirkan semula rancangan persaraan mereka.”

“Mula berfikir dan merancang lebih jauh seawal mungkin adalah langkah kecil yang dapat membuat perbezaan besar dalam jangka panjang,” tambah beliau.

“Individu berkeaan boleh mengambil beberapa tindakan positif untuk mengurangkan hutang mereka sebelum memasuki persaraan, seperti menyatukan hutang mereka, melangsaikan pinjaman yang mempunyai faedah yang tinggi atau beralih ke kadar yang lebih murah, sejajar dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu atau mengambil plan pengurusan hutang.

“Sekiranya sesuai, mereka boleh bekerjasama dengan penasihat kewangan untuk membuat rancangan persaraan penuh yang mengambil kira hutang mereka dan memastikan bahawa mereka mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka dan nikmati tahun-tahun persaraan mereka.”

 

 

 

Sumber berita: Mehr News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *