Ansarullah: Pencerobohan Amerika Syarikat Di Al-Mahrah, Hadhramaut Melanggar Kedaulatan Yaman

AL GHAYDAH, Yemen (March 2, 2023) Vice Adm. Brad Cooper, commander of U.S. Naval Forces Central Command, U.S. 5th Fleet and Combined Maritime Forces, left, and U.S. Ambassador to Yemen Steven Fagin meet with senior Yemeni coast guard officials during a visit to Al Ghaydah, a provincial capital city in southeastern Yemen, March 2, 2023. (U.S. Navy photo by Mass Communication Specialist 1st Class Mark Thomas Mahmod)

Kumpulan rintangan Ansarullah Yaman telah mengutuk pergerakan pemberontakan oleh Amerika Syarikat di wilayah timur al-Mahrah dan Hadhramaut dengan menyifatkannya sebagai satu “serangan berbahaya” dan “pelanggaran yang jelas” ke atas kedaulatan negara-negara Arab.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh rangkaian televisyen al-Masirah Yaman, Biro Politik Ansarullah telah menuntut rejim yang mengaku dengan sendirinya mentadbir Yaman dan disokong oleh Arab Saudi dan Amerika Syarikat, bertanggungjawab bagi sebarang pengkhianatan atau pelanggaran kedaulatan negara.

Tuntutan itu hadir selepas Duta Amerika Syarikat untuk rejim yang mengaku dengan sendirinya mentadbir Yaman Steven Fagin dan Naib Laksamana Brad Cooper, ketua Armada Ke-5 Tentera Laut Amerika Syarikat, melawat al-Mahrah dan mengadakan perbincangan dengan gabenornya Mohammed Ali Yaser. Rundingan itu diadakan di sebuah bilik mesyuarat dengan gambar Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Biro Politik Ansarullah telah menyuarakan bantahan terhadap sebarang aktiviti asing di tanah Yaman, dengan mengatakan bahawa negara itu mempunyai hak untuk menangani campur tangan asing dalam semua cara yang mungkin.

“Pergerakan Amerika Syarikat selaras dengan pencerobohan lapan tahun terhadap Yaman. Mereka tergolong dalam pengkhianatan baru oleh tentera upahan untuk menjual atau menyewa pantai dan pulau Yaman kepada peneroka haram,” katanya.

“Sekali lagi, kami menyatakan bantahan kami kepada pergerakan agresif dan bermusuhan Amerika Syarikat di al-Mahrah. Kami mengutuk tindakan ini dan memberi amaran kepada akibat daripadanya.”

Juga dalam kenyataannya, Biro Politik Ansarullah menyeru warga Yaman yang tinggal di kawasan selatan dan timur mengamalkan sikap berhati-hati dan bekerja ke arah menguraikan konspirasi yang menyasarkan perpaduan, kedaulatan dan kemerdekaan negara Yaman .

Sumber-sumber memberitahu, delegasi Amerika Syarikat membuat lawatannya ke al-Mahrah dengan alasan memerangi penyeludupan senjata dan dadah.

Lawatan itu, tambah sumber-sumber tetsebut, selaras dengan rancangan rahsia kerajaan Amerika Syarikat yang mahu meningkatkan kehadiran tentera di kawasan strategik di timur Yaman.

Arab Saudi, dengan kerjasama sekutu Arabnya dan dengan bantuan persenjataan dan sokongan logistik daripada Amerika Syarikat dan negara-negara Barat yang lain, telah melancarkan perang yang dahsyat di Yaman pada Mac 2015.

Objektifnya ialah menghancurkan Ansarullah, yang telah mentadbir negara Yaman ketika ketiadaan kerajaan berfungsi di Yaman, dan mengembalikan pemimpin yang mesra rejim Riyadh, Abd Rabbuh Mansour Hadi.

Walaupun gabungan yang diketuai Saudi gagal mencapai sebarang objektifnya, perang ter sebut telah membunuh beratus-ratus ribu rakyat Yaman dan telah menyebabkan krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

 

 

 

Sumber berita: Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *