Pihak berkuasa wilayah Kherson mengumumkan kemusnahan pusat peralatan tentera Ukraine di wilayah ini oleh pasukan artileri Rusia.
Presiden Rusia, Vladimir Putin telah memberi amaran bahawa tindakan negara-negara Barat menghantar senjata dan tentera upahan ke Kiev akan memanjangkan konflik di Ukraine.
Wilayah Donetsk, Luhansk, Kherson, dan Zaporizhzhia terpisah dari Ukraine dan bergabung dengan Rusia pada September 2022 setelah mengadakan referendum. Keempat-empat daerah ini membentuk sekitar 15 peratus dari wilayah daratan Ukraine.
Russia Today melaporkan, pegawai wilayah Kherson pada Rabu lalu telah mengumumkan bahawa 12 tentera Ukraine maut dan beberapa yang lainnya cedera dalam serangan unit artileri Rusia yang mensasarkan pusat peralatan ketenteraan Ukraine di wilayah Kherson.
Pegawai Kherson itu menambahkan bahawa lapan kendaraan tentera turut musnah dalam serangan unit artileri Rusia ke atas pusat peralatan ketenteraan Ukraine di Kherson.
Sebelum ini, pihak berkuasa Kherson melaporkan kematian lima askar Ukraine dan kemusnahan howitzer di kawasan ini.
Sumber berita: Pars Today
