Pengarah syarikat minyak nasional Rusia, Rosneft mengatakan, negara-negara Eropah, dengan mengenakan sekatan ke atas Moscow, telah “membunuh diri” dalam bidang tenaga.
CEO Rosneft, Igor Sechin, pada Sabtu dalam Forum Ekonomi Antarabangsa St Petersburg berkata, “Negara-negara Eropah dengan mengenakan sekatan terhadap Rusia, sedang membunuh dirinya sendiri, serta kehilangan subjektiviti dan daya saing mereka dari Amerika Syarikat.”
Tambah beliau, “Dengan mengabaikan gas dan minyak Rusia, Eropah telah menjadi rantau dengan harga bahan tenaga paling mahal di dunia, jadi ia telah kehilangan daya saingnya.”
Menurut Igor Sechin, akibat sekatan yang dikenakan terhadap Rusia, maka Eropah sekarang benar-benar telah kehilangan subjektiviti dan peluang untuk menjadi kutub politik dan ekonomi, sebagai alternatif kepada Amerika Syarikat.
“Bunuh diri tenaga Eropah, akan mempunyai akibat jangka panjang. Kami telah melihat penurunan dalam potensi ekonomi Eropah, kehilangan daya saing, dan kerugian langsung bagi pelabur,” tegasnya.
Eropah telah mengenakan sekatan luas ke atas Rusia beberapa bulan lalu kerana perang Ukraine, tetapi kini keadaan menjadi lebih sukar bagi Eropah kerana pergantungannya kepada bahan tenaga Rusia.
Harga bahan bakar di Eropah melonjak tinggi, dan mengakibatkan kenaikan harga barang-barang lain, yang mana kebanyakan negara Eropah telah mengalami peningkatan inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang merosot.
Sumber berita: Pars Today
