Rusia Memusnahkan Persenjataan Eropah Dan Amerika Syarikat Di Timur Ukraine

Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan kejayaan angkatan tentera negaranya menghancurkan persenjataaan Eropah dan Amerika Syarikat yang ditempatkan di timur Ukraine.

Reuters melaporkan, Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin mengumumkan bahawa angkatan tentera Rusia telah mengesan penghantaran besar peralatan dan senjata dari Eropah dan Amerika Syarikat ke wilayah Donbas di timur Ukraine dan memusnahkannya dengan peluru berpandu.

Sejak awal operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, angkatan tentera Rusia telah menghancurkan 195 buah pesawat, 130 buah helikopter, 1168 buah UAV, 336 sistem rudal anti-pesawat, 3,484 buah kereta kebal dan kenderaan berperisai lain, 499 penembak peluru berpandu, 1,843 butir meriam, serta 3,528 kenderaan khas tentera.

Sebagai tindak balas kepada permintaan berulang Ukraine untuk menyertai NATO dan bantuan berjuta-juta dolar dari Barat ke Kiev, serta provokasi Barat di dekat perbatasan Rusia, Presiden Rusia, Vladimir Putin menjawab permintaan bantuan ketenteraan dari Donetsk dan Luhansk pada 24 Februari dengan mengarahkan serangan tentera di wilayah Donbas. Setelah itu, jet tempur, artileri, dan sistem peluru berpandu Rusia mensasarkan posisi ketenteraan Ukraine.

Putin mendakwa serangan ketenteraan ini bertujuan untuk melakukan de-Naziisasi dan perlucutan senjata Ukraine.

Presiden Rusia juga telah memberi amaran bahawa bekalan senjata dan askar upahan Barat ke Ukraine akan membawa kepada perang berlanjutan di Ukraine.

Negara-negara Barat, terutamanya Amerika Syarikat telah memberikan sokongan kewangan dan ketenteraan yang meluas kepada kerajaan Ukraine dalam beberapa tahun kebelakangan ini sejak awal konflik hingga kini.

 

 

 

Sumber berita: Pars Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *