Kumpulan kebangkitan Palestin di Semenanjung Gaza menguji 30 peluru berpandu ke arah laut, bersama-sama dengan serangan rejim Israel ke atas Masjid Al Aqsa
Baitul Maqdis dan perkarangan Masjid Al Aqsa pada hari Jumaat lalu menjadi medan pertempuran paling sengit yang berlaku dalam beberapa tahun lalu antara pasukan Rejim Zionis dan Palestin. Dalam pertempuran ini sekurang-kurangnya 160 rakyat Palestin cedera.
Pada hari Ahad, tentera dan peneroka haram Zionis kembali memasuki perkarangan Masjid Al Aqsa, dan bertempur dengan rakyat Palestin, yang menyebabkan 17 rakyat Palestin cedera.
Sumber media Palestin melaporkan, paksi kebangkitan Palestin telah melancarkan 30 peluru berpandu sebagai ujian, ke dalam laut pada masa yang sama dengan serangan tentera Israel, di Masjid Al Aqsa.
Menurut sumber itu, tujuan tembakan ujian peluru berpandu dan roket ini adalah untuk memberi amaran kepada rejim Israel.
Jihad Islam dan Hamas menegaskan bahawa Masjid Al Aqsa adalah garis merah, dan telah berulang kali memberi amaran bahawa melanggar garis merah ini akan membawa akibat yang mengerikan.
Sumber berita: Pars Today
