Tentera Al Hashd Al Shaabi pada hari Khamis menggagalkan serangan pengganas Daesh di barat daya Kirkuk.
Al Hashd Al Shaabi mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa militan pengganas Daesh menyerang salah satu pusat pemeriksaan briged ke-16 di sekitar kampung Bashir, barat daya Kirkuk.
Pasukan Al Hashd Al Shaabi kini meneruskan siasatan mereka untuk mengenal pasti tempat persembunyian pengganas-pengganas Daesh.
Pasukan keselamatan Irak, bersama dengan Al Hashd Al Shaabi melakukan operasi anti-pengganas untuk menumpaskan sisa-sisa kumpulan pengganas Daesh di berbagai bahagian Irak.
Iraq telah mengisytiharkan kemenangan ke atas kumpulan pengganas Daesh pada 2017 selepas tiga tahun berperang. Walaubagaimanapun, sisa-sisa unsur kumpulan pengganas itu masih bertebaran di beberapa kawasan di wilayah Diyala, Kirkuk, Nineveh, Salahuddin, Al-Anbar dan Baghdad.
Sumber berita: Pars Today
