Rejim Zionis Kesal Dengan Serangan Balasan Yaman Ke Atas Saudi

Perdana menteri rejim Israel berkata beliau kecewa dengan serangan balas Ansarullah Yaman ke atas Arab Saudi.

Naftali Bennett dalam ciapan di akaun Twitternya pada malam Sabtu lalu menunjukkan rasa simpati terhadap Saudi atas serangan balas yang dilakukan oleh Ansarullah Yaman ke atas negara itu.

“Israel, berhubung serangan ngeri oleh Houthi yang disokong Iran, menyampaikan kesedihannya kepada Saudi. Serangan ini adalah satu lagi bukti keganasan Iran di rantau ini yang tidak mengenal sempadan, dan kebimbangan mengenai penyingkiran nama IRGC daripada senarai FTO semakin meningkat,” katanya.

Jurucakap Angkatan Tentera Yaman pada lewat Jumaat mengumumkan pelancaran operasi “Memecah Kepungan” ketiga.

Stesen televisyen Al Mayadeen pada awal pagi Sabtu melaporkan butiran serangan peluru berpandu Yaman yang meluas ke wilayah Saudi, dan kilang penapisan minyak Aramco di Jeddah.

 

 

 

Sumber berita: Pars Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *