Judi Dihalalkan Di UAE, Kasino Pertama Bakal Dibuka

Ketika Emiriah Arab Bersatu bergerak untuk menghalalkan perjudian, Wynn Resorts telah mengumumkan rancangan untuk sebuah pusat peranginan bersepadu bernilai “multi-bilion” dolar untuk dibina di Ras Al Khaimah.

Wynn Resorts yang merupakan syarikat hartanah Amerika Syarikat juga mengendalikan tiga kasino di Macau, akan bekerjasama dengan pemaju Marjan dan RAK Hospitality Holding untuk membangunkan sebuah hotel mewah 1,000 bilik dengan 10 restoran dan lounge, spa, kemudahan konvensyen, tempat membeli-belah dan kawasan perjudian sebagai sebahagian daripada projek resort Pulau Al Marjan.

Pengumuman itu dibuat seiring dengan kenyataan Lembaga Kemajuan Pelancongan Ras al-Khaimah (RAKTDA) yang memperkenalkan bahagian baharu, yang dipanggil Jabatan Hiburan dan Peraturan Perjudian, yang akan mengawal selia “pusat peranginan bersepadu” yang termasuk operasi hotel, ruang hiburan dan “permainan”.

Ia juga akan memiliki sebahagian daripada usaha niaga hartanah yang mana ia boleh menerima dividen.

Wynn berkemungkinan melabur kira-kira AS$250 hingga AS$300 juta dalam projek itu, kata Deutsche Bank, sambil menambah bahawa yuran Wynn berkemungkinan AS$60 hingga AS$80 juta dengan mengandaikan AS$300 juta EBITDA.

Wynn berkata resort itu akan menjadi pelaburan langsung asing terbesar seumpamanya di Ras Al Khaimah.

Craig Billings, Ketua Eksekutif Wynn Resorts yang baru dilantik, mengulas “Pulau Al Marjan adalah persekitaran yang bersih dan lokasi padang hijau yang ideal untuk kami mencipta pengalaman yang unik buat tetamu kepada Wynn Resorts yang terkenal.

“Rantau ini menawarkan potensi yang sangat besar untuk industri perhotelan dan pelancongan, dan kami teruja dengan prospek membangunkan resort bersepadu di Ras Al Khaimah.”

Pulau Al Marjan buatan manusia ini terletak 15 minit dari lapangan terbang Ral Al Khaimah dan 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Marjan ialah pemaju utama hartanah pegangan bebas di Ras Al Khaimah, yang diletakkan sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan terkemuka di rantau ini.

RAK Hospitality ialah sebuah syarikat hospitaliti dan riadah bersepadu.

 

 

 

Sumber berita : Ausleisure

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *