Jet Pejuang Saudi Mengebom Sanaa, Taiz

Gabungan pimpinan Arab Saudi pada hari Sabtu telah mengebom pelbagai kawasan di bandar Sanaa dan Taiz di Yaman.

Almasirah melaporkan, siri pencerobohan gabungan Saudi terhadap orang awam Yaman masih berterusan. Jet pejuang Saudi mengebom pelbagai kawasan di ibu kota Yaman, Sanaa pada pagi Sabtu.

Menurut laporan itu lagi, beberapa kawasan di wilayah Taiz turut menjadi sasaran jet pejuang Arab Saudi pada hari yang sama. Sumber Yaman berkata bahawa kebanyakan kawasan perumahan telah dibom oleh Saudi semasa serangan tersebut.

Arab Saudi, bersama-sama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dengan lampu hijau Amerika Syarikat serta negara-negara Barat memulakan pencerobohan mereka dan sekatan ke atas Yaman sejak 26 Mac 2015, dalam usaha mengembalikan semula kerajaan Mansur Hadi yang tersingkir dan menjadi pelarian.

Puluhan ribu rakyat Yaman telah cedera dan syahid dalam serangan yang diketuai Saudi, dengan sebahagian besar daripada mereka adalah orang awam.

Gabungan itu juga telah mengenakan sekatan ke atas pelabuhan dan lapangan terbang negara arab termiskin itu sebagai sebahagian daripada pencerobohannya yang bertujuan mengembalikan kuasa kepada bekas presiden yang melarikan diri Abdrabbuh Mansour Hadi.

Sementara itu, Yaman merupakan tempat kepada krisis kemanusiaan terbesar di dunia, dengan sekurang-kurangnya 7 juta orang berada di ambang kebuluran dan ratusan ribu orang menderita kolera.

 

 

 

Sumber berita : Mehr News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *