Brigedier Jeneral Yahya Saree pada hari Selasa mengadakan sidang akhbar untuk memperincikan serangan meluas Yaman ke atas sasaran berbeza di Arab Saudi, termasuk Kementerian Pertahanan Saudi dan kemudahan minyak Aramco.
Jurucakap itu berkata bahawa tentera Yaman telah menyasarkan kedudukan tentera yang kritikal di wilayah Riyadh, Jeddah, Taif, Jazan, Najran dan wilayah Asir.
Dalam operasi yang digelar “7 Disember”, tentera Yaman menggunakan banyak peluru berpandu balistik dan 25 UAV, tegas Saree.
Menurutnya, kementerian pertahanan Arab Saudi, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, dan beberapa tapak tentera lain menjadi sasaran dalam operasi itu.
Beliau berkata, sebanyak 6 dron ‘Samad-3’ dan beberapa peluru berpandu Zulfiqar telah menyasarkan Kementerian Pertahanan Saudi, Lapangan Terbang Raja Khalid dan beberapa posisi lain tentera di Riyadh.
Beliau juga mengumumkan bahawa 6 UAV ‘Samad-2’ dan ‘Samad-3’ (dron) telah menyasarkan pangkalan udara “Raja Fahd” di Taif dan syarikat minyak Aramco di Jeddah.
Jurucakap angkatan bersenjata Yaman juga menambah bahawa lima UAV ‘Samad-1″ dan ‘Samad-2’ telah menyerang beberapa kedudukan tentera di Abha, Jizan dan wilayah Asir.
Saree juga melaporkan bahawa sebanyak lapan UAV ‘Qasef-2K’ dan sejumlah besar peluru berpandu balistik menyasarkan kedudukan kritikal di Abha, Jizan dan Najran.
Pada akhir sidang akhbar, Saree menyeru semua rakyat dan orang yang tinggal di kawasan bersebelahan dengan kedudukan tentera Saudi untuk berpindah agar tidak dicederakan.
Pegawai Kerajaan Penyelamat Nasional Yaman telah berulang kali menegaskan bahawa tentera Yaman dan jawatankuasa popular terus bertindak balas terhadap pencerobohan selagi pakatan Saudi tidak menghentikan perang melawan Yaman dan menamatkan sekatan.
Puluhan ribu rakyat Yaman telah cedera dan syahid dalam serangan yang diketuai Saudi, dengan sebahagian besar daripada mereka adalah orang awam.
Sumber berita : Mehr News
