Amerika Syarikat Dilaporkan Menghantar Dua Konvoi Tentera ke Syria Dengan Lebih 100 Buah Kenderaan

Washington telah mengekalkan kehadiran tentera di Republik Arab di kawasan kaya minyak yang dikawal oleh Kurdis, walaupun tidak mempunyai alasan undang-undang untuk berbuat demikian. Tentera Amerika dikerahkan ke wilayah tanpa kebenaran daripada Majlis Keselamatan PBB atau jemputan oleh kerajaan di Damsyik

Tentera AS telah menghantar lebih seratus kenderaan dari wilayah Iraq dalam dua bahagian bergerak menuju wilayah Hasaka, lapor agensi berita SANA memetik dari sumber tempatan di wilayah al-Yaroubiya. Konvoi itu dilaporkan terdiri daripada 100 trak yang membawa kontena dengan kargo yang tidak diketahui, kononnya “bahan logistik”, dan trak peti sejuk.

Konvoi pertama dilaporkan terdiri daripada sekitar 60 kenderaan, manakala konvoi kedua mempunyai sekitar 40 kenderaan. Mereka menyeberang ke wilayah Syria dari Iraq melalui melalui lintasan al-Waleed, kata sumber SANA. Kedua-dua konvoi bergerak di bawah perlindungan beberapa kenderaan perisai.

Amerika Syarikat ditempatkan di Syria dengan alasan untuk memerangi Daesh*, tetapi tidak sepenuhnya berundur walaupun mengisytiharkan organisasi pengganas itu telah dikalahkan. Washington juga tidak mempunyai mandat Majlis Keselamatan PBB atau jemputan daripada kerajaan yang dipilih di Damsyik untuk mewajarkan penempatan tenteranya di negara itu.

Damsyik, Tehran, dan Moscow telah berulang kali membantah pendudukkan tentera Amerika di Syria, dengan menyebutnya sebagai tidak sah. Washington, sebaliknya, mendakwa bahawa keberadaan pasukannya untuk menghalang sumber minyak tempatan daripada berakhir di tangan pengganas. Walau bagaimanapun, kerajaan Syria menegaskan bahawa Amerika sebenarnya, terlibat dalam pencurian sumber minyak negara.

 

 

 

Sumber berita : Sputnik News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *