Pasukan Amerika melancarkan serangan ketenteraan di Kabul pada hari Ahad yang mensasarkan kemungkinan bom kereta bunuh diri yang bertujuan menyerang lapangan terbang, kata pegawai Amerika, lapor Reuters.
Pegawai itu, yang tidak mahu disebutkan namanya berkata serangan itu mensasarkan suspek militan Daesh. Mereka mengatakan yang mereka mengutip maklumat awal dan mengingatkan bahawa ia boleh berubah.
Saksi melaporkan letupan berhampiran lapangan terbang Kabul dan rakaman televisyen menunjukkan asap hitam naik ke langit. Tiada berita mengenai kematian dilaporkan.
Dua saksi berkata, letupan itu nampaknya disebabkan oleh roket yang melanda sebuah rumah di kawasan sebelah utara lapangan terbang, tetapi tiada pengesahan segera.
Sumber berita : Middle East Monitor
