Taliban Bebaskan Lima Ribu Pengganas ISIS Dan Al-Qaeda Dari Penjara

Taliban telah membebaskan kira-kira 5 ribu anggota kumpulan pengganas ISIS dan al-Qaeda dari penjara Bagram. Penjara itu berada di sebuah markas pangkalan tentera Amerika di Afghanistan, yang telah ditawan oleh kumpulan itu. Penjara Bagram dikenali sebagai Teluk Guantanamo Afghanistan kerana menjadi penjara bagi pengganas elit.

Kumpulan Taliban melalui jurucakapnya yang dipetik oleh The Times, pada hari ini berkata, ribuan tahanan dipindahkan ke tempat-tempat selamat. Seorang pegawai Afghanistan yang dipetik oleh AP berkata, pasukan Afghanistan telah menyerahkan Pangkalan Udara Bagram kepada Taliban.

Ketua daerah Bagram Darwaish Raufi pada hari Ahad juga mengesahkan penyerahan pangkalan itu kepada pemberontak bersenjata.

Kumpulan Taliban mendakwa yang mereka telah memenagi perang dengan menyatakan perang di Afghanistan sudah berakhir. Dakwaan itu dibuat sejurus kumpulan itu menduduki istana presiden di Kabul pada petang Ahad.

Istana itu diduduki setelah Presiden Ashraf Ghani melarikan diri, dilaporkan menuju Tajikistan.

Jurucakap Taliban Mohammed Naeem memberitahu Al Jazeera dari istana presiden pada petang Ahad bahawa perang di Afghanistan sudah berakhir.

 

 

Sumber berita : Muhaimin, Sindonews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *