Lebih Tiga Juta Pesakit Iran Pulih Dari COVID-19

Jurucakap Kementerian Kesihatan Iran mengatakan, 3 010 090 pesakit COVID-19 telah pulih dari penyakit ini atau telah dikeluarkan dari hospital setakat ini.

Dalam sidang media pada hari Sabtu, Sima-Sadat Lari mengatakan bahawa virus tersebut telah membunuh 151 orang pesakit sejak hari Jumaat petang, sehingga meningkatkan keseluruhan jumah kematian kepada 85 694 orang.

Beliau berkata, seramai 3 355 786 orang pesakit baru telah dijangkiti coronavirus setakat ini, termasuk 11 664 kes baru yang dikenal pasti dalam 24 jam terakhir.

Lari berkata, seramai 3602 orang pesakit juga berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan yang lebih teruk.

Jurucakap itu menyatakan bahawa sebanyak 24 437 503 ujian COVID-19 telah dilakukan di seluruh negara setakat ini.

Beliau juga mengatakan bahawa seramai 4 592 139 orang setakat ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 dan 2,134,6662 telah menerima dos kedua.

 

 

Sumber berita: Islam Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *