Pegawai Anti Rasuah Iraq Dibunuh

Seorang penembak yang tidak dikenali telah membunuh seorang kapten Iraq, Muhammad Al-Shamousi yang bertugas memerangi rasuah di wilayah Maysan, selatan negara itu pada hari Jumaat.

Anadolu Agency yang memetik seorang pegawai polis Maysan yang menyatakan: “Kapten yang bertanggungjawab melaksanakan waran tangkap terhadap mereka yang dituduh melakukan rasuah ditembak mati oleh penembak yang tidak diketahui di kota Al-Amarah, ibu kota wilayah itu.”

Sumber itu menjelaskan bahawa Al-Shamousi bertanggungjawab dalam siasatan awal terhadap defendan sebelum merujuk mereka ke mahkamah untuk menyelesaikan siasatan dan menjatuhkan hukuman kepada pelaku.

Kerajaan Iraq belum memberikan komen mengenai pembunuhan Al-Shamousi.

Dari masa ke masa, pihak berkuasa Iraq mengeluarkan waran tangkap terhadap pegawai semasa dan bekas pegawai atas tuduhan rasuah. Terkini, Suruhanjaya Integriti (COI) pada hari Khamis mengumumkan penangkapan 15 kakitangan kerajaan, termasuk seorang pengarah eksekutif syarikat di wilayah pemerintahan Kirkuk.

Pada bulan Ogos 2020, Perdana Menteri Mustafa Al-Kadhimi menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat kes-kes rasuah besar dan menugaskannya untuk berkoordinasi dengan gabenor untuk menangkap tertuduh.

Sejak Oktober 2019, memerangi rasuah berada di puncak senarai tuntutan penunjuk perasaan di Iraq, salah satu negara paling korup di dunia.

 

Sumber berita: Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *