Israel Sedang Mengejar Matlamat Utama Untuk Menghancurkan Iraq Dan Memusnahkan Bangsanya: Ketua Asa’ib

Pemimpin gerakan anti-keganasan Iraq, Asa’ib Ahl al-Haq berkata, agensi perisikan Israel Mossad secara senyap-senyap memperluaskan kehadirannya di Iraq dan berusaha untuk melagakan kumpulan pejuang antara satu sama lain. Beliau juga memberi amaran bahawa rejim itu sedang mengejar matlamat utama mereka untuk memusnahkan negara Arab dan memusnahkan rakyatnya.

“Kehadiran Israel, bukan hanya di Kurdistan tetapi juga di Iraq, lebih dari apa yang telah dijangkakan. Israel sebelumnya telah beroperasi di Iraq melalui unsur-unsurnya, tetapi hari ini, mereka sendiri ada di beberapa wilayah di Iraq, ”kata Qais Khazali pada hari Rabu, menurut rangkaian televisyen Iraq, al-Ahad.

Beliau menyatakan yang Mossad sedang berusaha membunuh beberapa tokoh kumpulan pejuang Kata’ib Hizbullah dan Saraya al-Salam untuk mendorong mereka berperang satu sama lain.

Merujuk kehadiran Israel di bandar Anbar, Khazali berkata orang Israel telah memasuki Iraq melalui organisasi masyarakat awam dan beberapa syarikat dengan menggunakan pasport palsu.

 

“Orang Israel percaya bahawa tanah Babylon (Iraq) mesti dimusnahkan berserta rakyatnya bahkan pokok-pokok di sana mesti dicabut,” katanya.

 

Ucapan itu dibuat hampir dua bulan setelah sebuah fasiliti yang bersekutu dengan Mossad diserang oleh pasukan pejuang di utara Iraq, yang memberi tamparan hebat kepada rejim haram itu dan agensi perisikannya.

Khazali juga mengkritik kehadiran tentera Amerika Syarikat di Iraq sebagai tidak sah, dengan menyatakan bahawa Baghdad mesti mengusir pasukan Amerika sesuai dengan perlembagaan Iraq dan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen negara itu, yang menuntut kerajaan Baghdad untuk menamatkan kehadiran semua pasukan tentera asing di Negara Arab itu.

Keputusan Ahli Parlimen Iraq itu dibuat dua hari selepas pembunuhan berprofil tinggi komandan anti-keganasan Iran dan Iraq – Jeneral Qassem Soleimani, komander Pasukan Quds Iran, satu unit dari Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC), dan Abu Mahdi al-Muhandis, timbalan ketua Unit Mobilisasi Popular Iraq (PMU) – berhampiran lapangan terbang Baghdad dalam satu serangan drone yang diarahkan oleh mantan Presiden Amerika, Donald Trump.

Semenjak itu, kumpulan pejuang Iraq telah mengumumkan fasa baru penentangan terhadap pasukan tentera Amerika di negara itu sebagai satu-satunya pilihan yang menjanjikan pembebasan Iraq dari penjajah.

 

Sumber berita: Press Tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *