Seorang pegawai tertinggi Jihad Islam mengatakan bahawa mereka terhutang budi kepada Komender kanan anti-penganas Iran, ke atas kemenangan mereka menentang rejim Israel, Jenderal Qassem Soleimani yang telah bekorban seluruh hidupnya untuk melatih mereka.
“Ketika kita berbicara mengenai Syahid Qassem Soleimani, kita akan berbicara tentang peranannya dalam menyiapkan, melengkapi, melatih, dan mendukung perjuangan Palestin,” kata Khaled al-Batsh, anggota Politburo yang berpusat di Gaza, kepada program Press TV Face to Face. pada hari Sabtu.
“Kemenangan kami di medan perang dan ketabahan kami adalah berkat dari apa yang sumbangkan oleh lelaki ini (Jenderal Qassem Soleimani) kepada perjuangan Palestin dari sudut politik, ketenteraan, dan sivil,” ujar beliau.
“Dalam semua aspek, lelaki ini bersama kami disetiap selok belok.”
Beliau mencatat bahawa, sebagai tanda kesetiaan kepada Jenderal Soleimani, sayap bersenjata Hamas, Briged al-Quds telah menamakan salah satu “roket berkaliber berat sempena nama Syahid al-Qassem”. Hamas sebagai berkata.
Secara meluas, pegawai berkenaan juga mengaitkan Jenderal Soleimani dengan tokoh-tokoh penentang terkemuka lainnya yang berjuang dalam “setiap pertempuran menentang kehadiran Zionis, penjajahan Zionis di tanah Palestin atau penjajahan Amerika di wilayah Arab yang bertujuan untuk mengawal sumber kekayaan, minyak dan geopolitik di rantau ini.”
‘Kejayaan Mewakili Transformasi Strategik ‘
Al-Batsh menyatakan bahawa kejayaan ini, sebuah langkah menuju kemenangan akhir menentang rejim Zionis dan mereka yang mendukungnya di seluruh dunia.
“Ini adalah tanda dan pesan dari Gaza ke seluruh wilayah bahwa perubahan akan berlaku jika orang itu memutuskan untuk berubah dan menghadapi hegemoni Amerika dan projek Zionis, dan mengakhiri intrusi Barat di wilayah tersebut,” katanya.
Sebuah pesan yang menegaskan bahwa “gerakan perlawanan tidak dapat ditewaskan, namun Israel yang akan ditewaskan,” dan bahwa nasib bangsa Palestina tidak dapat diubah dengan “hujung pena,” kata pegawai berkenaan.
Beliau merujuk kepada rencana perjanjian pro-Israel Amerika.
Amerika Syarikat merencanakan skema kontroversialnya yang dijuluki sebagai “perjanjian abad ini,” di bawah pemerintahan bekas Presiden AS Donald Trump. Rencana tersebut adalah sokongan Amerika terhadap klaim rejim Israel itu ke atas kota suci al-Quds sebagai “ibu kota” rezim terbabit, dan memberi hak kepada rejim haram itu untuk merampas tanah berkenaan untuk membangun penematan haram.
Al-Batsh juga merujuk pada banyak kesepakatan yang difasilitasi oleh AS pada tahun lalu yang membuat beberapa negara Arab menormalisasikan hubungan mereka dengan rejim Israel.
Semua faksi Palestina telah mengutuk rencana dan perjanjian rapuh berkenaan dengan satu suara.
Pegawai Jihad Islam itu juga memuji kesatuan yang kuat dari gerakan perlawanan baru-baru ini. Kemenangan perlawanan, katanya, berhasil menyatukan semua pihak di Palestina serta pihak pro-Palestina di seluruh dunia terhadap penentangan agresif rejim Israel, ujar al-Batsch.
Sumber berita: Press TV
