Penerbitan Hubungan Antarabangsa terkemuka di Amerika mengatakan bahawa Amerika Syarikat seharusnya menghentikan sokongan tanpa syarat dari segi ekonomi, ketenteraan, dan diplomatik kepada rejim Israel kerana ianya bukan sahaja tidak mendatangkan manfaat bahkan ianya meningkatkan perbelanjaan.
“Daripada hubungan istimewa, Amerika Syarikat dan Israel perlu gantikan dengan hubungan biasa,” tulis Stephen M. Walt, profesor the Robert and Renée betterl bagi hubungan antarabangsa di Universiti Harvard, dalam penerbitannya.
Selaras dengan objektif utama Zionisme, katanya, rejim Israel memberi hak istimewa kepada orang Yahudi melebihi dari yang lainnya dengan agenda terancang, memperluas penempatan haram, menafikan hak politik warga Palestin yang sah, memperlakukan mereka sebagai rakyat kelas kedua, dan menggunakan kekuatan ketenteraannya untuk membunuh dan melakukan keganasan terhadap penduduk Gaza, Tebing Barat dan Lubnan dengan sewenang-wenangnya.
“Hal ini, tidak memghairankan kenapa Human Rights Watch (HRW) dan organisasi hak asasi manusia Israel B’Tselem baru-baru ini mengeluarkan laporan kukuh dan jelas menunjukkan bahawa dasar ini sebagai sistem apartheid,” katanya.
Selepas serangan terbaru rejim Israel di Gaza, pada 10 Mei dan berlangsung selama 11 hari, rejim Israel semakin diklasifikasikan sebagai rejim “apartheid”, oleh HRW, B’Tselem, gerakan the Boycott, Divestment, and Sanctions (BDS), dan juga oleh pemerintah Perancis.
Namun, Amerika Syarikat terus mendukung kononnya “hak pertahanan diri” rejim Israel yang menyaksikan pengeboman besar-besaran terhadap orang awam di Gaza, yang membunuh sekurang-kurangnya 254 orang, termasuk 66 orang kanak-kanak dan mengakibatkan 72 ribu orang kehilangan tempat tinggal.
Sumber berita: PressTv
