PBB: 52,000 Orang Palestin Hilang Tempat Tinggal Dalam Serangan Israel di Gaza

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan sekurang-kurangnya 52,000 orang telah kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara Israel yang telah memusnahkan atau mengakibatkan kerosakkan teruk kepada hampir 450 bangunan di Semenanjung Gaza.

Kira-kira 47,000 pelarian telah mencari perlindungan di 58 sekolah yang dikendalikan PBB di Gaza, kata Jens Laerke, jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB di Geneva, kepada wartawan.

“Kami menerima kemasukan tambahan ke sekolah-sekolah kami. Seperti yang saya sebutkan, ada 47 ribu pelarian pada pagi ini di sekolah-sekolah UNRWA [United Nations Relief and Works Agency]. Oleh itu, jumlahnya telah meningkat, dan melebihi 52 ribu orang jumlah pelarian [Orang yang Dipindahkan Secara Dalaman], “tambahnya.

Laerke berkata OCHA menyambut baik pembukaan Kerem Shalom (Karem Abu Salem) oleh pihak berkuasa Israel untuk mendapatkan bekalan kemanusiaan yang penting.

“Penyeberangan Erez adalah sangat penting dibuka untuk laluan keluar dan masuk kakitangan kemanusiaan yang kritikal,” katanya.

Jurucakap PBB mengatakan bekalan elektrik di seluruh Gaza masih terhad pada enam hingga lapan jam sehari secara purata akibat kerosakan pada saluran dan rangkaian perbekalan.

“Ini mengganggu penyediaan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan asas lain termasuk air, kebersihan, dan sanitasi,” kata Laerke.

Beliau juga menyatakan bahawa 132 bangunan telah musnah dan 316 mengalami kerosakan teruk, termasuk enam hospital dan sembilan pusat kesihatan utama serta kilang penyahgaraman, yang mempengaruhi akses kepada air minuman bagi sekitar 250 ribu orang. Sebuah hospital telah ditinggalkan kerana tidak dapat berfungsi akibat daripada kekurangan bahan bakar.

 

 

Sumber berita: Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *