Lebih 25 Mayat Dipindahkan Dari Serpihan Runtuhan Di Gaza Susulan Serangan Israel

Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza yang dikepung meningkat kepada 181 orang, termasuk 31 wanita dan 52 kanak-kanak pada hari Ahad, menurut angka rasmi dan Anadolu Agency.

Di sebalik kemarahan antarabangsa atas serangan maut itu, Israel meneruskan serangannya ke Gaza dari tengah malam Sabtu hingga hari Ahad.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengatakan 26 orang Palestin, termasuk 10 wanita dan lapan kanak-kanak, kehilangan nyawa mereka dalam serangan yang dilakukan oleh Israel sejak tengah malam. Jumlah yang cedera kini telah mencecah 1,225 orang.

Sementara itu, Enver Ataullah, pegawai di kementerian perhubungan Arab dan Turki, menyatakan kepada Anadolu Agency bahawa serangan itu menyebabkan kehancuran besar, dan jumlah kematian warga Palestin yang berterusan hingga tiada ruang lagi di bilik mayat.

Ketegangan merebak dari Jerusalem Timur ke Gaza setelah kumpulan perjuangan Palestin di sana berikrar untuk membalas serangan Israel baru-baru ini di Masjid Al-Aqsa dan kawasan kejiranan Sheikh Jarrah sekiranya mereka tidak menghentikan serangan.

Israel menduduki Jerusalem Timur, di mana Al-Aqsa berada, semasa perang Arab-Israel 1967. Ia merampas seluruh bandar pada tahun 1980 dalam satu gerakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

 

 

Sumber berita: Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *