Hamas semalam menuduh pihak pendudukan Israel melakukan jenayah perang yang teratur terhadap tempat suci umat Islam dan ahli ibadah tidak bersenjata di Jerusalem.
Dalam satu kenyataan, ketua Bahagian Media Luar Negara Hamas, Rafat Morra menunjukkan bahawa pasukan pendudukan Israel secara langsung menembak bom tangan dan peluru logam bersalut getah ke arah jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa, yang membahayakan nyawa mereka.
Pegawai Hamas menekankan bahawa rakyat Palestin berhak mempertahankan tanah dan tempat suci mereka dan menghadapi perancangan jahat dan kejahatan Israel yang dilakukan oleh kumpulan peneroka Israel.
Sementara itu, ketua Biro Politik gerakan itu, Ismail Haniyeh, berkata “hubungan antara Gaza dan Jerusalem stabil dan tidak berubah.”
“Palestin akan menang pada akhirnya,” tegas Haniyeh.
Sumber berita: Middle East Monitor
